Saturday, January 3, 2026

Welcome 2026.. Semoga yang Manis-manis sahaja.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Meera sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Setahun sekali kita berjumpa diblog ni. Ntah ada yang kenal lagi tak Meera. Ehem-ehem. Sekarang uolss boleh panggil saya Cikgu Meera ya. Dah upgrade ke satu level selepas pemergian arwah Cikgu Zul. Nak panggil Meera, hakak Meera pun boleh la. Sekarang blog dah tak macam relevan kan. Geng GenZ aktif tak dengan blog? hahaha.. Saja la nak berkongsi rasa dalam blog ni.


25 Disember lepas Cikgu Meera menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan AMK. Alhamdulillah, masih dianugerahkan Rakan Niaga Terbaik ( tempat ke-3). Pencapaian ni sebenarnya kayu ukur untuk Meera menjaga kualiti kerja dengan lebih baik dan secara tak langsung pencapaian ini adalah sebuah bentuk sokongan yang tanpa henti dari kalian semua. Terima kasih banyak-banyak.

sambung..

No comments:

Post a Comment

terima kasih.. :)