Friday, December 28, 2012

TAMBAH KELAS LESEN MEMANDU ( UPDATED 2015 !!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tetamu cikgu zul sekolah memandu


UPDATED 2015 !!! Lesen motor dah ada?? nak tambah lesen kereta macam mana pula ye..bermula Julai 2014, bagi calon yang sudah memiliki lesen memandu B2 atau D, anda perlu menghadiri kelas KPP 1 (ceramah ) dan menduduki ujian undang-undang. Baru-baru ni kita telah dimaklumkan dari berita  bahawa ujian undang-undang akan berbalik kepada modul asal iaitu hanya perlu menjawab sekali sahaja bagi calon yang mendaftar lesen kereta dan motor. Walaubagaimana pun pihak sekolah memandu belum menerima surat pekeliling atau hitam putih berkaitan arahan baru tersebut. Sehingga hari ini ( 28 Jan 2015) calon diwajibkan untuk menjalani 2 kali ujian undang-undang jika mendaftar lesen memandu motor dan kereta. Harap maklum...


{VERSI LAMA. SUDAH TIDAK RELEVAN. SEKADAR PENGETAHUAN AM SHJ} Lesen motor dah ada?? Itu salah satu soalan famous yang saya ajukan kepada calon yang ingin menambah kelas lesen memandu motokar (D). Apa itu tambah kelas lesen memandu? Senang cerita tambah kelas tu adalah bila anda ingin menambah kelas lesen yang lain. Contoh; Mukmin dah ada lesen motor (B2) dan hanya memiliki lesen motor (B2) shj pada tahun 2010. Pada tahun ini (2013) Mukmin teringin mengambil lesen kereta (D). Makanya Mukmin boleh pergi mendaftar dengan En. Zul dan memaklumkan Mukmin ingin menambah lesen kereta atau kelas D.

Prosedur Tambah Kelas Lesen Memandu.

- Menghadiri Kursus Teori dan Amali 6jam.

- Cara mendaftar :

1) Bayaran permulaan hanya RM200 untuk kelas D (motokar) , E (lori) dan lesen LDL.
     RM170 untuk kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250cc) , B (motosikal melebihi 500cc) dan lesen LDL.
2) Sediakan salinan kad pengenalan 2kpg;
3) Salinan lesen memandu 2kpg;
4) Gambar berwarna berlatarbelakangkan warna putih 2kpg;
5) Serah lesen LDL yang lama. JIka hilang, denda  RM10 dikenakan.

- Lesen (LDL) akan dikeluarkan dalam masa 1 minggu mengikut keadaan semasa.



Monday, December 24, 2012

KUANTAN 24 DISEMBER

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu



aih..kalu duk bercerita pasal banjir ni, memg tak kan habis..pesanan penaja, jagala keselamatan diri dan keluarga sebaik mungkin..sebab ade kes orang hanyut dek banjir di rumah jumpa di sungai amazon (haha..ayat shiro maharajalawak..rase nye xde la tepat sngt ayt tu) pape pun..aok mer tengok je la banjir kilat di Kuatan sejak dari 12 tgh hari td..skrg dh pukul 3.39pm, hujan pun semakin reda, air banjir pun semakin surut..kite roll vt..


tak sure la kat ne..sumber dr fb

depan kamdar kuantan

area megamall kuantan

di terminal makmur kuantan

simpang kuantan-kemaman, tg muhammad

perumahan semambu

cowboy Kuantan

Ya Allah..hurm

parking ECM

sampai kan ade yang redah je atas batas tu..

sekarang ni..di saat koi menaip ni..ujan semakin reda..dan air di bandar Kuatan dh surut :)

CREDIT TO : sahabat meera

Saturday, December 22, 2012

BELAJAR BUAT BLOCKQUOTE

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu


hari ni..duk jalan2 pusing blog orang..then terjumpa tutorial blockquote.. ok, sekarang nak test ape tu blockqt?
 ramai calon nak mendaftar lesen memandu dengan sekolah memandu cikgu zul..awak bile lagi??
sekarang dah buat..ok, kene preview dulu..kalu koi nampak hasilnya, koi akan bagitahu awak mer cara nak buat macam tu ok..?

loh..macam tu je?koi tulis macam biasa pastu koi highlight tulisan yang koi tulis then koi tekan tanda apetah name nye..kalu kat ruang tulis post kt  blog ni dia berada pada no.4 dari kanan..tanda pembuka kata orang melayu ckp ek??

kalu awak mer tak paham entry ni, silalaabaikan..haha


Wednesday, November 21, 2012

PROSES MENDAPATKAN LESEN P 2014, UPDATED !!

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu

masih tak pasti proses pengeluaran lesen memandu? sebelum ni en zul sekolah memandu ada keluarkan post proses mendapatkan lesen L .so,bila dah dapat lesen L apa pulak yang seterusnya??

untuk makluman, Test JPJ hanya boleh dibuat selepas 1 bulan dari tarikh lesen L dikeluarkan iaitu setelah cukup tempoh matang nya. mahu tengok contoh ka? meh tengok ni..



 ha...nampak tak kat Tempoh :19/11/2012- 18/2/2013 tu?

tarikh lesen dikeluarkan adalah pada 19/11/2012, maka, kalian boleh ambil test JPJ sebulan selepas tarikh tersebut.makna nya kalau ada test JPJ pada 20/12/2012, boleh la  booking kalu nak ambil test pada hari tu..

 yang tempoh sampai 18/2/2013 tu kenapa pulak?

ha..yang tu, adalah tempoh sah yang dibenarkan JPJ kepada mana2 calon untuk menjalani latihan memandu or menunggang motor. lesen  L (D) hanya digunakan untuk belajar kereta sahaja okeyh..tak boleh bawa jalan merata lagi.. kalau tak sempat nak habiskan latihan dalam tempoh tiga bulan tu, maka kena perbaharui semula lesen L tu, boleh renew untuk tiga  @ enam  @ sembilan bulan terus.. Nak renew macam mana?? ok, boleh pergi ke mana-mana pejabat pos atau JPJ  dan bagitahu ke kaunter nak renew lesen. Serah lesen L yang tamat tempoh tu ok. Renew L kelas D RM30 untuk 3 bulan, lesen L kelas B2 RM2 untuk 3 bulan.


PROSES DAPATKAN LESEN P

Lesen L dikeluarkan ---> Kpp2 (amali dalam litar ) ---> KPP 3 (latihan memandu) -->ujian kelayakan memandu (QTI) (1jam) ---> ujian  JPJ (waktu yang paling mendebarkan..hehe) ---> lulus ---> lesen P (waktu yang paling menggembirakan.. :)

ha...simple je prosesnye. dah dapat lesen P jangan lupa lekatkan sticker P di kenderaan anda pada cermin depan dan belakang belah kiri ok..bye.. :)

Wednesday, August 15, 2012

INGAT ORANG TERSAYANG

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu


tak lama dah kita semua nak sambut ketibaan 1  Syawal ni..tak sabar nak balik ke kampung halaman, Kota Bharu, Kelantan..semoga perjalanan kita pulang ke kampung dirahmati dan dipelihara oleh Allah swt.

kepada yang suka main mercun, buat mercun sendiri tu, kena juga berhati-hati, jaga diri..tak maw jadi macam ni ok..bak kata orang lame beringat sebelum kena.. jadikan sebagai pengajaran.




Alangkah indahnya hari raya kita jika semua sanak saudara dalam keadaan sihat sejahtera..semua comel blake pagi raya nanti kan..yang akan memandu dijalan raya, baca doa naik kenderaan dulu, berhati2, kalau mengantok berhenti lah dulu. jangan excited sangat nak sampai ke kampung cepat tapi akhirnya padah yang dapat.. pesanan dan ingatan khas dari cikgu zul sekolah memandu....SELAMAT HARI RAYA !!


Tuesday, August 7, 2012

updated !! PROSES MENDAPATKAN LESEN MEMANDU MODUL BARU 2014

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu

proses nak dapatkan lesen memandu ni senang je, tp dah berbeza dengan zaman dulu..zaman mak ayah kita. kalu zaman dulu punya cerita, lesen l dalan sehari je boleh siap..cume jawab ujian undang-undang, settle la..
tapi yang terbaru ni...lain cerita pulak..ce tengok carta kat bawah ni.. *kalu rasa gambar ni keciik, boleh klik untuk imej yg lagi jelas..










Sunday, July 29, 2012

INDAHNYA KEKASIH ALLAH S.W.T

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu

hari ni, nak berkongsi kisah Rasulullah yang suka bergurau senda.. Subhanallah..kalau lah Rasulullah masih ada.. opps..cik zul macam biasa., p solat tarawih..yang menulis blog ini adalah ananda nya cikgu zul..

suatu hari, Rasulullah bersama sahabat nya, Saidina Ali duduk bersama makan bersama buah kurma. SaidinaAli makan buah kurma sambil memandang baginda yang juga sedang menikmati kurma tersebut. lalu, tanpa Rasulullah sedar, Saidina Ali telah memindahkan biji-biji kurma yang dimakannya kepada sisi Rasulullah. Berkata lah Saidina Ali, "Wahai Rasulullah, hebatnya kamu memakan buah kurma dengan begitu banyak sekali," lalu Rasulullah tersenyum melihat biji-biji kurma itu sambil berkata, "wahai Ali, kamu lagi hebat. Kamu makan buah kurma dengan biji-biji nya sekali.."


Manakala dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w pernah bergurau dengan seorang wanita tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku kedalam syurga .”
Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya di syurga nanti tidak akan ada orang2 tua .”
Maka wanita tua itu pun menangis. Lantas kemudian, Rasulullah s.a.w memahamkannya, bahawa disyurga tiada orang tua kerana ketika dia memasuki syurga nanti, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah berumur, tetapi akan berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Rasulullah s.a.w membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)

-sumber post dari : gurau .. begitu indah cara Rasulullah bergurau dengan teman2 nya kan..



SIAPA CIKGU ZUL ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu


Sedikit bingkisan...
Nama sebenar cikgu zul adalah Zulkifli Bin Yajid yang berasal dari Kelantan. Berpengalaman menjadi jurulatih memandu untuk kelas D atau kereta lebih dari 25 tahun. Walaubagaimanapun cikgu Zul juga menerima calon yang berminat untuk mendaftar lesen motor (B2 & B full), lori (E),  PSV dan juga GDL..

Tempat pendaftaran??
tempat mendaftar adalah di Kedai No.6, Stadium Darul Makmur, Kuantan..bertentangan dengan Padang MPK 2. ataupun boleh hubungi terus Cikgu Zul di talian 019-9865968 @ 014-2276867 (KERANI).

Institusi memandu dari mana??
Cikgu Zul merupakan salah seorang jurulatih memandu di Pusat latihan Memandu Cermat Pahang Timur Sdn. Bhd (PMC) yang terletak di KM8, Jalan Beserah. Segala aktiviti yang berkaitan seperti ceramah atau kursus memandu, latihan statik berkomputer, latihan memandu, ujian kelayakan memandu dan ujian memandu (JPJ) juga diadakan di PMC.

UPDATE !! Walaubagaimanapun pada bulan Jun 2013, Cikgu Zul telah mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah institusi memandu yang baru di Kuantan iaitu Akademi Memandu Kuantan (AMK) di Batu 6, Jalan Gambang bersama-sama 50 rakan kongsi yang lain. Segala aktiviti berkaitan kursus,latihan dan ujian memandu telah pun dilangsungkan di AMK buat kali pertama pada 13 Julai 2013.. Setakat bulan November 2013 ini, calon yang berdaftar dengan Cikgu Zul masih lagi boleh menjalani kursus di PMC sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.

ow..dah faham.. jadi ada apa-apa lagi yang mahu ditanya??

Biasanya calon dari mana yang mendaftar lesen dengan Cikgu Zul?
calon memandu tidak dihad kan lokasi nya cuma, atas calon itu sendiri lah sama ada mereka mahu ataupun tidak. Calon memandu atau bekas anak murid Cikgu Zul datangnya dari pelbagai kawasan.
Kebanyakan nya adalah dari Kemaman, Pekan, Muadzam Shah, Felda Panching dan Bukit Goh serta pelajar2 atau stafnurse dari HTAA. (betul ke ejaan stafnurse tu..hehehe). Sudah tentu juga calon2 dari kawasan sekitar Kuantan ni.. :)

rasa nya sampai disini dulu..nanti saya akan post kan sesuatu yang lebih detail berkaitan perkhidmatan yang Cikgu Zul tawarkan...yang penting, NO HIDDEN COST ok..tiada harga yang tersembunyi :)

mahu jalan2 di Taman Sahabat Meera ..jom laa..





                                                         tunggu dulu..ikut lampu isyarat saya nih..

Saturday, July 28, 2012

PEMBUKAAN BLOG SEKOLAH MEMANDU CIKGU ZUL

assalamualaikum.. happy dapat tubuhkan lagi satu blog. blog ni khas untuk semua berkaitan lesen memandu. nak tahu lebih lanjut mengenai sekolah memandu cikgu zul ni?? nanti saya akan post lagi kepada anda, anda dan anda semua..

p/s  : dah 8 hari umat islam menyambut bulan Ramadhan.. salam Ramadhan la untuk semua..jaga  bajet kita bulan puasa ni,,jangan boros sangat..berpada-pada la ye :)