masih tak pasti proses pengeluaran lesen memandu? sebelum ni en zul sekolah memandu ada keluarkan post proses mendapatkan lesen L .so,bila dah dapat lesen L apa pulak yang seterusnya??
untuk makluman, Test JPJ hanya boleh dibuat selepas 1 bulan dari tarikh lesen L dikeluarkan iaitu setelah cukup tempoh matang nya. mahu tengok contoh ka? meh tengok ni..
✔ ha...nampak tak kat Tempoh :19/11/2012- 18/2/2013 tu?
tarikh lesen dikeluarkan adalah pada 19/11/2012, maka, kalian boleh ambil test JPJ sebulan selepas tarikh tersebut.makna nya kalau ada test JPJ pada 20/12/2012, boleh la booking kalu nak ambil test pada hari tu..
✔ yang tempoh sampai 18/2/2013 tu kenapa pulak?
ha..yang tu, adalah tempoh sah yang dibenarkan JPJ kepada mana2 calon untuk menjalani latihan memandu or menunggang motor. lesen L (D) hanya digunakan untuk belajar kereta sahaja okeyh..tak boleh bawa jalan merata lagi.. kalau tak sempat nak habiskan latihan dalam tempoh tiga bulan tu, maka kena perbaharui semula lesen L tu, boleh renew untuk tiga @ enam @ sembilan bulan terus.. Nak renew macam mana?? ok, boleh pergi ke mana-mana pejabat pos atau JPJ dan bagitahu ke kaunter nak renew lesen. Serah lesen L yang tamat tempoh tu ok. Renew L kelas D RM30 untuk 3 bulan, lesen L kelas B2 RM2 untuk 3 bulan.
PROSES DAPATKAN LESEN P
Lesen L dikeluarkan ---> Kpp2 (amali dalam litar ) ---> KPP 3 (latihan memandu) -->ujian kelayakan memandu (QTI) (1jam) ---> ujian JPJ (waktu yang paling mendebarkan..hehe) ---> lulus ---> lesen P (waktu yang paling menggembirakan.. :)
ha...simple je prosesnye. dah dapat lesen P jangan lupa lekatkan sticker P di kenderaan anda pada cermin depan dan belakang belah kiri ok..bye.. :)