Tuesday, October 28, 2014

PROSES MENDAPATKAN LESEN MEMANDU KERETA (LENGKAP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


PENDAFTARAN

Pemohon perlu mendaftar di mana-mana institusi memandu, sekolah memandu atau pejabat pendaftaran calon yang terdapat di Seluruh Malaysia.

*JIKA MAHU MENDAFTAR DENGAN CIKGU ZUL, BOLEH BERURUSAN DI AKADEMI MEMANDU KUANTAN (AMK, BATU 6, KUANTAN) DENGAN MEMAKLUMKAN DI KAUNTER ANDA MAHU MENDAFTAR LESEN DENGAN EN ZULKIFLI, KOD NO.59

ATAU

*JIKA MAHU MENDAFTAR DENGAN CIKGU ZUL, BOLEH BERURUSAN DI PUSAT LATIHAN MEMANDU CERMAT (PMC, SUNGAI SOI, KUANTAN) DENGAN MEMAKLUMKAN DI KAUNTER ANDA MAHU MENDAFTAR LESEN DENGAN EN ZULKIFLI, KOD NO.56

ATAU 

*BOLEH TERUS BERJUMPA DENGAN PEMBANTU EN ZUL DI STADIUM DARUL MAKMUR, KEDAI NO.6 (ZULKIFLI YAJID) . PEJABAT RASMI EN. ZUL.


Dokumen yang perlu dibawa pada hari pendaftaran :

1) Salinan kad pengenalan 2keping
2) Gambar ukuran lesen 2 keping (pastikan gambar tersebut berlatarbelakangkan warna putih)
3) Bayaran Pendahuluan (boleh hubungi En. Zul 0199865968 @ whatsapp 014-2276867 (meera) utk maklumat bayaran.

ALIRAN PROSES  

Selepas selesai pendaftaran, berikut adalah proses seterusnya untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas Motokar, D (kereta) : 

1)  Menghadiri Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu KPP 1 (6 jam)

2) Menduduki Ujian Bahagian 1 (ujian undang-undang). PERLU ULANGAN SEKIRANYA
    GAGAL.

3) Lulus Ujian Bahagian 1 lesen L (LDL) akan dikeluarkan

4) Latihan Praktikal di Litar KPP 2 (5 jam 30 minit)

5) Latihan Praktikal di Jalan Raya KPP 3 (10 JAM) - jam belajar boleh dibahagikan mengikut hari
    yang akan ditetapkan.

6) Ujian Kelayakan (QTI) (30 minit). PERLU ULANGAN SEKIRANYA GAGAL.

7) Ujian (JPJ) Bahagian 11 dan 111 . (litar dan jalanraya). PERLU ULANGAN SEKIRANYA
    GAGAL.

8) lulus ujian JPJ, lesen  memandu percubaan P (PDL) akan dikeluarkan untuk tempoh 2 tahun.

9) tamat tempoh PDL 2 tahun, pertukaran kepada Lesen Memandu Penuh (CDL) .  boleh dilakukan dimana-mana cawangan JPJ berhampiran amda. 



ATURCARA KELAS

- Kursus KPP 1 diadakan hanya pada setiap hari Sabtu atau Ahad, dari jam 9.00pg sehingga 4.30 ptg. 

- Ujian Bahagian 1 (undang-undang) diadakan  pada setiap hari kecuali pada cuti umum. Ujian BHG  
1 mengambil masa hanya 45minit untuk 50 soalan dan markah lulus adalah 42/50. Waktu ujian bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30ptg. Calon boleh menduduki ujian setelah nama telah didaftarkan untuk hari dan masa yang telah ditetapkan. PASTIKAN ANDA MAKLUM KEPADA INSTITUSI MEMANDU TERLEBIH DAHULU jika mahu menghadiri ujian. 

- KPP 2 di adakan pada setiap hari kecuali pada cuti umum dan hari ujian Memandu JPJ diadakan di institusi memandu. Bermula seawal 8.30pg sehingga 2.30ptg.

- KPP 3 iaitu latihan memandu boleh dijalani bila-bila masa mengikut kelapangan calon sendiri. Jumlah jam belajar adalah 10jam belajar. Walaubagaimana pun 1 hari dikira 1 jam belajar. *mengikut waktu telah dimaklumkan calon. 


Sekian sahaja, Terima Kasih kerana berurusan dengan kami. 








KELAS-KELAS LESEN MEMANDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan lesen memandu mengikut kelas-kelas seperti berikut :



A - Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) berat tanpa muatan tidak melebihi 450 kg MOTOSIKAL (PERSEORANGAN)

A1 - Kenderaan Orang Cacat (Motokar) berat tanpa muatan tidak melebihi 3500 kg

B - Motosikal perseorangan

B1 - Motosikal perseorangan tidak melebihi 500 cc (superbike)

*B2 - Motosikal perseorangan tidak melebihi 250 cc (motosikal biasa yang orang guna. cth : EX5)

C - motosikal selain daripada motosikal perseorangan ( motosikal roda tiga)

*D - Motokar berat tanpa muatan tidak melebihi 3500 kg (lesen kereta)

DA - Motokat tanpa pedal Klac, berat tanpa muatan tidak melebihi 3500 kg (lesen kereta AUTO)

*E / E1 -  Motokar berat tanpa muatan melebihi 7500kg (lori)

E2 - Motokar berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg

F - Traktor / Jentera bergerak ringan (beroda) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg

G  - Traktor / Jentera bergerak ringan (berantai) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg

H - Traktor / Jentera bergerak berat (beroda) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg ( JCB )

I - Traktor / Jentera bergerak berat (berantai) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg


* Lesen memandu keperluan (yang utama). Cepat !! dapatkan lesen memandu anda sebelum terkenakan saman. hee. Memandu Secara Berhemah.