Tanggal 28 Januari 2020 kita telah dikejutkan dengan pemergian Cikgu Zul yang menghembuskan nafasnya yang terakhir di Kedah akibat serangan jantung. Admin mohon kepada semua yang membaca posting ini mendoakan Arwah, Semoga diampunkan segala dosa-dosanya, ditermpatkan ditempat yang tertinggi dan berada dikalangan orang-orang beriman. Amiin.
Sekadar maklumat tambahan, Cikgu Zul merupakan antara cikgu yang paling lama berkhidmat didalam dunia sekolah memandu, dan telah dinobatkan sebagai top 5 ejen terbaik untuk 4 tahun berturut-turut. Kini perniagaan arwah diambil oleh anak kandungnya, Puan meera yang turut bekerjasama dengan arwah selama ini dalam bidang lesen memandu.
Teruskan meyokong 'Cikgu Zul Sekolah Memandu Kuantan.'
Arwah Cikgu Zul dalam kenangan.
Al-Fatihah (dibaca).
Makluman : Nombor phone 019-9865968 tidak lagi digunakan secara rasmi dalam urusan lesen memandu dan hanya menggunakan satu nombor sahaja iaitu 014-2276867 (Puan Meera). Terima Kasih.