Thursday, November 17, 2016

RM500 UPAH UNTUK PERBAHARUI LESEN MEMANDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Banyak pengalaman yang saya peroleh apabila berada didunia sekolah memandu ni. Banyak yang manis, Alhamduillah yang pahit mungkin 1% sahaja. Rasa sangat dihargai apabia calon-calon memberi buah tangan atau sagu hati apabila sudah selesai latihan dan mereka lulus ujian memandu. Ucapan terima kasih pun sudah cukup memadai.Bayangkan, saya kira hampir 40% pelanggan yang hadir mendaftar dengan cikgu zul tak pernah berjumpa dengan saya (Meera) untuk urusan lesen. 

Kami hanya berurusan melalui whatsapp dan tidak pernah berjumpa walaupun hadir ke pejabat pendaftaran. Biasanya calon seperti ini mereka daftar secara media massa (pendaftaran melalui whatsapp dengan menghantar ic depan-belakang dan lain2 maklumat), dah bayaran dibuat melalui pemindahan wang (bank transfer). Mereka hanya berjumpa dengan Cikgu Zul untuk latihan memandu, dan ya..mereka tidak pernah bersua muka dengan saya.


.


.


Anda rasa sebab apa?


.


.


Cerita lain, Saya pernah diberi upah RM500 untuk memperbaharui lesen memandu seorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Beliau langsung tidak mengenali saya dan latarbelakang saya tetapi tahu saya bekerja di Institut Memandu melalui carian di internet. Beliau adalah pelajar dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Autralia. Malangnya beliau tidak boleh perbaharui lesen disana kerana lesen memandu sudah mati hampir 3 tahun.



Kos perbaharui lesen memandu kelas D adalah RM30 untuk setahun, disertakan sekali lesen memandu original yang lama, gambar pasport berlatarbelakang warna putih,dan jika perlu surat wakil dan salinan kad pengenalan (saya minta beliau pos kan semua dokumen tersebut). Itupun beliau tanya lagi cukupkah RM500?

.

.
Anda rasa sebab apa ?


Ya ! Mereka percaya dan bukan senang nak dapatkan kepercayaan orang yang tidak dikenali sebenarnya.

Berminat nak mendaftar lesen memandu??

 whatsapp 0142276867 (meera)
 Terbuka untuk kelas memandu kelas B2.B.D.DA.E.H.GDL.PSV