Tuesday, February 26, 2013

JOM JAWAB LATIHAN STATIK DISINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu

dah lama tak update..jadi hari ni cikgu zul ada khabar gembira untuk kita semua.. siapa nak buat latihan undang-undang berkomputer kat rumah??haha, malas nak gi buat latihan kat institusi memandu kan?

ok, ada dua cara :

1) Jawab secara online di JPJ KPP TEST. Apa yang best nye, kat laman web ni kita boleh jawab secara dwibahasa (bahasa Melayu dan English) dan soalan terkumpul melebihi 100 soalan.ha, banyak kan..kan??





Thursday, February 7, 2013

HARGA LESEN PALING MURAH DI KUANTAN. UPDATED 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu



Hi semua..apa khabar? Kenapa Cikgu Zul cakap "harga lesen paling murah di Kuantan?" Sebenarnya bukan cikgu sendiri yang cakap macam tu, tapi ini adalah feedback dari calon-calon yang dah mendaftar lesen dengan Cikgu Zul.

Alhamdulillah, untuk tahun 2017, Cikgu sekali lagi dinobatkan sebgai agent / rakan niaga terbaik bagi tempat ke-2. Terima ksih kerana mempercayai dengan perkhidmatan Cikgu Zul. Sebagai makluman, perkhidmatan pendaftaran lesen memandu Cikgu Zul hanya beroperasi di Kuantan sahaja. Iaitu di Akademi Memandu Kuantan ( Batu 6) dan Pusat Latihan Memandu Cermat (PMC) Sungai Soi. 

Dari segi bayaran, Kadar bayaran yang berpatutan dan boleh dibayar secara ansuran disamping caj pengangkutan percuma bagi sekitar bandar Kuantan dan sehala telah menarik minat calon untuk mendaftar lesen memandu. Paling penting, tiada caj tersembunyi.

Bagaimana dengan jadual belajar? jadual belajar adalah mengikut kelapangan masa calon sendiri. maklumkan pada cikgu jadual waktu kita, InsyaAllah pembantu Cikgu Zul akan susun atur jadual belajar untuk anda. Pastikan ada komunikasi dua hala supaya Kami tida terlepas pandang dengan anda. 

Tiada asas memandu? jangan risau, kami akan ajar dari 0. Seorang cikgu yang berpengalaman lebih dari 20 tahun sebagai jurulatih memandu dan pastinya bertauliah. Kami dari tim Cikgu Zul mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua...

Jom Daftar Lesen Memandu. Hubungi :

Cikgu Zul 019-9865968
Pn. Meera 014-2276867
(whatsapp / call)




Wednesday, February 6, 2013

UPDATE 2018 !! APA BERLAKU PADA LESEN L JIKA...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu.

***UPDATED FEBRUARI 2018***


1.  SAYA DAH BUAT BAYARAN PENUH / SAYA DAH BAYAR SEPARUH   UNTUK LESEN CUMA TAK SEMPAT TERUSKAN PROSES JE.

  - BERMULA TAHUN 2014, Prosedur untuk mendapatkan lesen L adalah wajib hadir Kursus KPP dan Lulus Ujian undang-undang bahagian 1(ujian komputer/statik) walaupun anda sudah memiliki lesen bagi kelas memandu  selain yang ingin dimohon. Andai kata anda tidak meneruskan Ujian Statik (undang-undang) melebihi 1 tahun dari tarikh hadir kursus (KPP), maka sijil Kursus KPP secara automatik terbatal. Baki bayaran sekiranya ada tidak lupus, tetapi anda perlu menambah semula bayaran untuk menghadiri semula kursus KPP yang baru. Bayaran untuk kursus KPP adalah tertakluk kepada tempat Institusi memandu pilihan anda. Kemudian, anda boleh teruskan proses mendapatkan lesen seperti biasa.

2.  SAYA SUDAH MEMPUNYAI LESEN L TETAPI SAYA BELUM SEMPAT MENJALANI UJIAN JPJ. 

-  Lesen L hanya sah untuk tempoh dua tahun dan tiada tempoh rayuan. Jika pemegang Lesen L belum menjalani sebarang ujian JPJ, pastikan Lesen L anda tidak dibiarkan melebihi tempoh tersebut. Jika tempoh 2 tahun lesen L tamat, maka calon perlu mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus dan menjawab ujian undang-undang sekali lagi.

3.   SEKARANG, SAYA BERADA DILUAR KAWASAN DAN AGAK SUSAH UNTUK SAYA PERGI BELAJAR MEMANDU KE INSTITUSI YANG LAMA 

- calon memandu yang ingin bertukar ke institusi memandu yang baru mestilah menyerahkan borang SM4 bagi Amali KPP2 (sekiranya ada), surat kebenaran dan tunjuk sebab bertukar tempat institusi memandu kepada institusi memandu yang baru. Surat pertukaran dan borang SM4  boleh diambil di tempat institusi semasa anda.

4.  SOALAN PALING POPULAR !! LESEN L SAYA DAH TAMAT TEMPOH LEBIH DARI 2 TAHUN, APA PERLU SAYA BUAT??

- bagi lesen L yang telah tamat tempoh lebih dari 2 tahun, cara untuk menghidupkan semula lesen LDL.
  •  Anda perlu mengulangi semula prosedur untuk mendapatkan lesen memandu dari awal sehingga akhir. Menghadiri semula kursus KPP 1, menjalani ujian undang-undang dan menghadiri KPP 2 dan KPP 3 

5. SOALAN PALING POLULAR !! LESEN CDL (lesen penuh) SAYA DAH TAMAT TEMPOH SETAHUN. PERLU MASUK KURSUS SEMULA KA???


- Lesen CDL (lesen kompeten/penuh) BOLEH diperbaharui dalam masa 3 tahun selepas lesen tamat. Jika lesen memandu sudah mati melebihi 3 tahun maka perkara dibawah adalah dirujuk :
  • Terdapat dua cara. Pertama,  membuat rayuan kepada ketua pengarah JPJ dgn menyatakan sebab-sebab tamat lesen.Jika permohonan anda diluluskan, pengecualian akan diberikan tanpa perlu menghadiri kursus KPP 1, Ujian Undang-undang, KPP 2 dan QTI tetapi perlu mengambil ujian bhg 2&3 di mana-mana institut memandu berdekatan.
  • Kedua, menghadiri semula prosedur untuk mendapatkan lesen memandu dari awal sehingga akhir prosedur.
Bagi lesen P, tempoh perbaharui lesen adalah sehingga setahun selepas lesen P tamat tempoh.


6. SOALAN PALING POPULAR !!! Berapa tempoh Lesen L ??? 

    - Tempoh lesen L adalah 2 tahun sahaja ! Termasuk Lesen L B2.B.D.E


7. BERAPA BAYARAN UNTUK PERBAHARUI (RENEWAL) LESEN MEMANDU DAN BERAPA DENDA YANG DIKENAKAN JIKA TERLEWAT PERBAHARUI LESEN MEMANDU?

     - Harga pembaharuan lesen *tertakluk kepada Pengurusan JPJ. Anda boleh terus ke mana-mana cawangan JPJ atau pejabat pos untuk urusan dan harga untuk pembaharuan lesen memandu. Tiada denda dikenakan jika terlewat renew. *Renew L ( D ) RM30 utk 3 bulan, Renew L ( B2 ) RM2 utk 3 bulan (jika hanya ada lesen motor sahaja)

8. SAYA GAGAL UJIAN JPJ BAHAGIAN 2 ( BUKIT DAN PARKING) DAN BAHAGIAN 3 
(JALANRAYA) TAPI SAYA NAK MENGULANG UJIAN DI TEMPAT LAIN. SAYA JUGA SUDAH BUAT BAYARAN HABIS DI TEMPAT LAMA. APA PROSEDUR ?

      - walaupun bayaran ditempat lama sudah habis selesai, bayaran yang dikenakan ditempat baru adalah tertakluk kepada cikgu memandu tersebut. Ini kerana calon yang gagal ujian JPJ perlu mengulang semula belajar di tempat institusi memandu yang baru. Hanya perlu bawa salinan ic, salinan lesen L, surat pelepasan juga keputusan ujian memandu di tempat lama (sekiranya ada). 

9. SAYA DAH ADA LESEN MOTOR @ SAYA DAH ADA LESEN KERETA. MACAM MANA PROSEDUR UNTUK TAMBAH KELAS LESEN MEMANDU?

      - walaupun anda sudah mempunyai lesen memandu, anda harus menghadiri ceramah KPP1 dan menjawab ujian undang-undang sekali lagi untuk mendapatkan lesen L.  Ini kerana pembaharuan modul untuk menjalani ujian memandu JPJ telah dilaksanakan di institusi memandu di seluruh Malaysia bermula tahun 2014.

10. BERAPA HARGA LESEN MEMANDU SEKARANG???

       - bermula April 2015, GST (Good & service Taxes) telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. oleh itu, segala urus niaga perkhidmatan lesen memandu akan dikenakan caj GST sebanyak 6%. untuk maklumat lanjut mengenai harga lesen memandu, saudara/saudari boleh hubungi cikgu zul di talian 019-9865 968 atau pembantu cikgu zul (pn,meera) di talian 014-2276 867 (sms/whatsapp/call) terima kasih..

P/S : SENARAI HARGA YANG TELAH DISENARAIKAN DIRUANG KOMEN (JIKA ADA ) ADALAH TIDAK SAH BERMULA TAHUN 2014..UNTUK MENGETAHUI MAKLUMAT HARGA BAHARU BOLEH HUBUNGI NO YANG TERTERA DI ATAS.


# SILA BERIKAN SOALAN ANDA.. SOALAN BERULANG TIDAK DIJAWAB BERULANG KALI YE . BACA DULU KOMEN-KOMEN (PERTANYAAN) DARI MEMBER2 YANG LAIN KAT BAWAH NI. TERIMA KASIH :)