Sunday, July 29, 2012

INDAHNYA KEKASIH ALLAH S.W.T

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu

hari ni, nak berkongsi kisah Rasulullah yang suka bergurau senda.. Subhanallah..kalau lah Rasulullah masih ada.. opps..cik zul macam biasa., p solat tarawih..yang menulis blog ini adalah ananda nya cikgu zul..

suatu hari, Rasulullah bersama sahabat nya, Saidina Ali duduk bersama makan bersama buah kurma. SaidinaAli makan buah kurma sambil memandang baginda yang juga sedang menikmati kurma tersebut. lalu, tanpa Rasulullah sedar, Saidina Ali telah memindahkan biji-biji kurma yang dimakannya kepada sisi Rasulullah. Berkata lah Saidina Ali, "Wahai Rasulullah, hebatnya kamu memakan buah kurma dengan begitu banyak sekali," lalu Rasulullah tersenyum melihat biji-biji kurma itu sambil berkata, "wahai Ali, kamu lagi hebat. Kamu makan buah kurma dengan biji-biji nya sekali.."


Manakala dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w pernah bergurau dengan seorang wanita tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku kedalam syurga .”
Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya di syurga nanti tidak akan ada orang2 tua .”
Maka wanita tua itu pun menangis. Lantas kemudian, Rasulullah s.a.w memahamkannya, bahawa disyurga tiada orang tua kerana ketika dia memasuki syurga nanti, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah berumur, tetapi akan berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Rasulullah s.a.w membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)

-sumber post dari : gurau .. begitu indah cara Rasulullah bergurau dengan teman2 nya kan..



SIAPA CIKGU ZUL ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer cikgu zul sekolah memandu


Sedikit bingkisan...
Nama sebenar cikgu zul adalah Zulkifli Bin Yajid yang berasal dari Kelantan. Berpengalaman menjadi jurulatih memandu untuk kelas D atau kereta lebih dari 25 tahun. Walaubagaimanapun cikgu Zul juga menerima calon yang berminat untuk mendaftar lesen motor (B2 & B full), lori (E),  PSV dan juga GDL..

Tempat pendaftaran??
tempat mendaftar adalah di Kedai No.6, Stadium Darul Makmur, Kuantan..bertentangan dengan Padang MPK 2. ataupun boleh hubungi terus Cikgu Zul di talian 019-9865968 @ 014-2276867 (KERANI).

Institusi memandu dari mana??
Cikgu Zul merupakan salah seorang jurulatih memandu di Pusat latihan Memandu Cermat Pahang Timur Sdn. Bhd (PMC) yang terletak di KM8, Jalan Beserah. Segala aktiviti yang berkaitan seperti ceramah atau kursus memandu, latihan statik berkomputer, latihan memandu, ujian kelayakan memandu dan ujian memandu (JPJ) juga diadakan di PMC.

UPDATE !! Walaubagaimanapun pada bulan Jun 2013, Cikgu Zul telah mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah institusi memandu yang baru di Kuantan iaitu Akademi Memandu Kuantan (AMK) di Batu 6, Jalan Gambang bersama-sama 50 rakan kongsi yang lain. Segala aktiviti berkaitan kursus,latihan dan ujian memandu telah pun dilangsungkan di AMK buat kali pertama pada 13 Julai 2013.. Setakat bulan November 2013 ini, calon yang berdaftar dengan Cikgu Zul masih lagi boleh menjalani kursus di PMC sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.

ow..dah faham.. jadi ada apa-apa lagi yang mahu ditanya??

Biasanya calon dari mana yang mendaftar lesen dengan Cikgu Zul?
calon memandu tidak dihad kan lokasi nya cuma, atas calon itu sendiri lah sama ada mereka mahu ataupun tidak. Calon memandu atau bekas anak murid Cikgu Zul datangnya dari pelbagai kawasan.
Kebanyakan nya adalah dari Kemaman, Pekan, Muadzam Shah, Felda Panching dan Bukit Goh serta pelajar2 atau stafnurse dari HTAA. (betul ke ejaan stafnurse tu..hehehe). Sudah tentu juga calon2 dari kawasan sekitar Kuantan ni.. :)

rasa nya sampai disini dulu..nanti saya akan post kan sesuatu yang lebih detail berkaitan perkhidmatan yang Cikgu Zul tawarkan...yang penting, NO HIDDEN COST ok..tiada harga yang tersembunyi :)

mahu jalan2 di Taman Sahabat Meera ..jom laa..





                                                         tunggu dulu..ikut lampu isyarat saya nih..

Saturday, July 28, 2012

PEMBUKAAN BLOG SEKOLAH MEMANDU CIKGU ZUL

assalamualaikum.. happy dapat tubuhkan lagi satu blog. blog ni khas untuk semua berkaitan lesen memandu. nak tahu lebih lanjut mengenai sekolah memandu cikgu zul ni?? nanti saya akan post lagi kepada anda, anda dan anda semua..

p/s  : dah 8 hari umat islam menyambut bulan Ramadhan.. salam Ramadhan la untuk semua..jaga  bajet kita bulan puasa ni,,jangan boros sangat..berpada-pada la ye :)