Sunday, November 14, 2021

Lesen Memandu di Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Meera Sekolah Memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.

Sebelum ini,  Meera Sekolah Memandu dikenali sebagai Cikgu Zul Sekolah Memandu yang mana kami menyediakan perkhidmatan lesen memandu di kawasan Kuantan Sahaja.
Setelah beberapa perubahan kini pengurusan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pn. Meera, Anak kepada arwah Cikgu Zul hang merupakan antara senior dalam dunia perkhidmatan kelas memandu.


Terima Kasih kerana sentiasa dan terus menyokong kami ❤️. 


Berikut adalah Harga yang ditawarkan oleh Meera Lesen Memandu bagi kelas : 

Kereta D (manual)
Kereta DA (auto)
Motosikal B ( full)
Motosikal B2
Lori E
GDL D/E
PSV (E-Hailing)

Monday, September 21, 2020

CIKGU ZUL DALAM KENANGAN 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.



Tanggal 28 Januari 2020 kita telah dikejutkan dengan pemergian Cikgu Zul yang menghembuskan nafasnya yang terakhir di Kedah akibat serangan jantung. Admin mohon kepada semua yang membaca posting ini mendoakan Arwah, Semoga diampunkan segala dosa-dosanya, ditermpatkan ditempat yang tertinggi dan berada dikalangan orang-orang beriman. Amiin.


Sekadar maklumat tambahan, Cikgu Zul merupakan antara cikgu yang paling lama berkhidmat didalam dunia sekolah memandu, dan telah dinobatkan sebagai top 5 ejen terbaik untuk 4 tahun berturut-turut. Kini perniagaan arwah diambil oleh anak kandungnya, Puan meera yang turut bekerjasama dengan arwah selama ini dalam bidang lesen memandu.


Teruskan meyokong 'Cikgu Zul Sekolah Memandu Kuantan.' 
Arwah Cikgu Zul dalam kenangan.

Al-Fatihah (dibaca).



Makluman : Nombor phone 019-9865968 tidak lagi digunakan secara rasmi dalam urusan lesen memandu dan hanya menggunakan satu nombor sahaja  iaitu 014-2276867 (Puan Meera). Terima Kasih.

Tuesday, July 16, 2019

Rakan Niaga Terbaik 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Alhamdulillah, untuk kali ketiga berturut-turut Cikgu Zul telah menadapat penghargaan dan anugerah untuk rakan niaga @ agen terbaik. Bagi tahun 2018, Cikgu Zul telah menadapat tempat ketiga dari keseluruhan agen di Akademi Memandu Kuantan Berhad, Batu 6.

Terima kasih kepada semua pelanggan, anak murid cikgu zul yang pernah berurusan dengan team Cikgu Zul. Harap segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang kami berurusan dengan kalian dapat dimaafkan.







Saturday, June 2, 2018

UPDATE 2019 ! PERKHIDMATAN LESEN MEMANDU 6% SST

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.




Bermula Mac 2019, Perkhidmatan pendaftaran lesen memandu  akan dikenakan cukai SST 6%.

Lampiran dibawah adalah harga siling yan telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang belum ditambah dengan cukai SST 6%, dan juga caj perkhidmatan lain dari institut memandu.




Harga Lesen Memandu Terbaru di Kuantan bagi institusi memandu :

1) Akademi Memandu Kuantan (AMK) Bhd, Batu 6, Kuantan.
2) Pusat Latihan Memandu  Cermat (PMC) Sungai Soi, Kuantan.

(Dibawah penyeliaan dan pendaftaran Cikgu Zul shj).

Lesen Kereta :


  • Manual (D)

RM1150 + 6% SST = RM1219
Bayaran tambahan (jika perlu) : 
+ RM0-RM150 caj pengangkutan (mengikut kawasan)
  • Automatik (DA)
RM1350 + 6% SST = RM1431
Bayaran tambahan (jika perlu) : 
+ RM0-RM150 caj pengangkutan (mengikut kawasan)




Lesen Motosikal :


  • B2 

RM350 + 6% SST = RM371
Bayaran tambahan (jika perlu) : 
+ RM0-RM150 caj pengangkutan (mengikut kawasan)



  • B FULL 

RM900 + 6% SST = RM954
Bayaran tambahan (jika perlu) : 
+ RM0-RM150 caj pengangkutan (mengikut kawasan)



  • UPGRADE B FULL (sudah ada lesen B2)

RM750 + 6% SST = RM795



HUBUNGI :

014-2276867 (MEERA)

call/sms/whatsapp available. 



Monday, February 19, 2018

ANUGERAH UNTUK TAHUN 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Alhamdulillah, untuk tahun kedua, Cikgu Zul sekali lagi diberi penghargaan iaitu Rakan Niaga (agent) Terbaik tempat ke-2 bagi tahun 2017. Sesungguhnya penghargaan ini Cikgu Zul tujukan kepada semua rakan niaga yang sentiasa membantu Cikgu Zul, memberi  kerjasama   yang sangat terbaik. Masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi mutu perkhidmatan dan InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki.


Terima Kasih juga kepada para pelanggan yang sudi dan memilih perkhidmatan lesen memandu dari Cikgu zul dan team.




Thursday, July 20, 2017

PENDAFTARAN LESEN VOKASIONAL (GDL) DI KUANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Prosedur Pendaftaran Lesen GDL.

Sebelum tu, saya nak maklumkan yang GDL adalah bermaksud Good Driver's License.
Pendek cerita, GDL tu lesen untuk angkut barang dibawah pengelolaan sesebuah syarikat.
Kalau sekadar angkut barang pindah rumah (barang sendiri) tak perlu lesen GDL.

Untuk mendapatkan lesen GDL, anda perlu :

1) Hadir ceramah GDL (9.00pg - 4.30ptg)
2) Hadir Ujian Bertulis (soalan objektif 50 soalan)

Syarat memohon lesen GDL :

1) Umur 21 tahun dan ke atas
2) Lesen Memandu Kelas D Sudah habis tempoh P 2 tahun
3) Sihat tubuh badan selepas melakukan pemeriksaan kesihatan
4) Warganegara Malaysia dan penduduk tetap sahaja.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon GDL :

1) Salinan kad pengenalan dan lesen memandu
2) Borang JPJ L8A (borang medical check up)
3) Resit medical check up original
4) Bayaran untuk Ceramah dan ujian bertulis.


*Borang medical check boleh ambil di Kaunter JPJ atau intitusi memandu masing-masing.


GDL ada 3 jenis :

1) GDL D Kejur~ bawah 3 tan @ 3000kg
2) GDL E Kejur ~ atas 3 tan @ 3000kg. (perlu ada lesen memandu lori  kelas (E) terlebih dahulu).
3) GDL E Bersendi ~ Pendek kata lori treler. Perlu ada lesen memandu kelas E juga.


Sekiranya anda ingin memohon lesen GDL di Kuantan,

Boleh hubungi :

Pn. Meera 014-2276867



sumber gambar - google image








Wednesday, December 28, 2016

Cikgu Zul Tempat Ke-5 Ahli/Agen Sekolah Memandu Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Pada 25 Disember 2016 baru-baru ini telah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan bagi Akademi Memandu Kuantan (Batu 6) di Season View Hotel dan Cikgu Zul telah dinobatkan sebagai Ahli/Agen ke-5 terbaik daripada 50 Ahli yang terbaik bagi tahun 2016. 
Semoga penghargaan ini menjadi penguat untuk team Cikgu Zul memberi perkhidmatan yang terbaik untuk bakal-bakal calon lesen memandu.
TAHNIAH !!