Thursday, July 20, 2017

PENDAFTARAN LESEN VOKASIONAL (GDL) DI KUANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.


Prosedur Pendaftaran Lesen GDL.

Sebelum tu, saya nak maklumkan yang GDL adalah bermaksud Good Driver's License.
Pendek cerita, GDL tu lesen untuk angkut barang dibawah pengelolaan sesebuah syarikat.
Kalau sekadar angkut barang pindah rumah (barang sendiri) tak perlu lesen GDL.

Untuk mendapatkan lesen GDL, anda perlu :

1) Hadir ceramah GDL (9.00pg - 4.30ptg)
2) Hadir Ujian Bertulis (soalan objektif 50 soalan)

Syarat memohon lesen GDL :

1) Umur 21 tahun dan ke atas
2) Lesen Memandu Kelas D Sudah habis tempoh P 2 tahun
3) Sihat tubuh badan selepas melakukan pemeriksaan kesihatan
4) Warganegara Malaysia dan penduduk tetap sahaja.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon GDL :

1) Salinan kad pengenalan dan lesen memandu
2) Borang JPJ L8A (borang medical check up)
3) Resit medical check up original
4) Bayaran untuk Ceramah dan ujian bertulis.


*Borang medical check boleh ambil di Kaunter JPJ atau intitusi memandu masing-masing.


GDL ada 3 jenis :

1) GDL D Kejur~ bawah 3 tan @ 3000kg
2) GDL E Kejur ~ atas 3 tan @ 3000kg. (perlu ada lesen memandu lori  kelas (E) terlebih dahulu).
3) GDL E Bersendi ~ Pendek kata lori treler. Perlu ada lesen memandu kelas E juga.


Sekiranya anda ingin memohon lesen GDL di Kuantan,

Boleh hubungi :

Pn. Meera 014-2276867



sumber gambar - google image