![]() |
klik gambar ni untuk image yang lebih besar dan jelas. |
Thursday, December 19, 2024
Proses Terkini Pendaftaran Lesen Kereta dan Motosikal 2024/2025
Wednesday, December 18, 2024
Nak cepat dapatkan lesen memandu?? Singgah sini jap guys...
Ya !! hanya dalam satu bulan sahaja tempoh sehingga menduduki ujian JPJ di Akademi Memandu Kuantan.
Apa yang lagi best.. kita boleh request nak belajar sehingga 4jam kelas memandu sehari berbanding 2jam sehari. Ha, jackpot untuk calon yang dah boleh memandu. Bagi calon yang belum mahir memandu dan memerlukan perhatian yang lebih, Cikgu Meera tak sarankan booking extra kelas pada hari yang sama. Nanti you all yang penat otak. Percayalah cakap saya ni..
4jam kelas memandu sehari.
Nak belajar memandu mestilah nak tenang-tenang je kan? waktu sekarang la waktu terbaik. Kenapa? sebab pelatih tak ramai hujung tahun ni. Tempoh 2 jam latihan di litar itu terasa lamaaanyaaa nak habis kelas. Pada waktu kemuncak iaitu waktu pelajar lepasan SPM ramai-ramai mendaftar lesen, mungkin pelatih (anak murid) cikgu dapat buat dalam 2-3 set je untuk kelas litar. suasana di litar sangat crowded dengan kereta-kereta belajar memandu ya.. Namun sekiranya litar kosong (bukan waktu kemuncak), pelatih dapat habiskan kesemua elemen dilitar sehingga 5-6 set. Banyak tu...
Menjalani latihan memandu dalam keadaan tenang.
Walau dimana anda berada, ingat daku dalam doa mu... hehe. gurau. Pelatih-pelatih cikgu Meera ramai dikalangan student kolej dan student lepasan SPM. Kalau anda orang Selangor nak mendaftar lesen dengan Cikgu Meera pun sangat-sangat lah dialu-alukan. Alang-alang datang dari jauh, bawa la geng sekolah sekali. Jangan risau, kita ramai cikgu memandu yang bertauliah di sini..di mana? Di Akademi Memandu Kuantan la..
Jumpa Cikgu Meera taw.. anda bukan tak pandai memandu, tapi anda belum berjumpa dengan Cikgu Meera lagi..
Monday, September 21, 2020
CIKGU ZUL DALAM KENANGAN 2020
Tuesday, July 16, 2019
Rakan Niaga Terbaik 2018
Alhamdulillah, untuk kali ketiga berturut-turut Cikgu Zul telah menadapat penghargaan dan anugerah untuk rakan niaga @ agen terbaik. Bagi tahun 2018, Cikgu Zul telah menadapat tempat ketiga dari keseluruhan agen di Akademi Memandu Kuantan Berhad, Batu 6.
Terima kasih kepada semua pelanggan, anak murid cikgu zul yang pernah berurusan dengan team Cikgu Zul. Harap segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang kami berurusan dengan kalian dapat dimaafkan.
Saturday, June 2, 2018
UPDATE 2019 ! PERKHIDMATAN LESEN MEMANDU 6% SST
Bermula Mac 2019, Perkhidmatan pendaftaran lesen memandu akan dikenakan cukai SST 6%.
Lampiran dibawah adalah harga siling yan telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang belum ditambah dengan cukai SST 6%, dan juga caj perkhidmatan lain dari institut memandu.
Harga Lesen Memandu Terbaru di Kuantan bagi institusi memandu :
1) Akademi Memandu Kuantan (AMK) Bhd, Batu 6, Kuantan.
2) Pusat Latihan Memandu Cermat (PMC) Sungai Soi, Kuantan.
(Dibawah penyeliaan dan pendaftaran Cikgu Zul shj).
Lesen Kereta :
- Manual (D)
RM1150 + 6% SST = RM1219
Bayaran tambahan (jika perlu) :
+ RM0-RM150 caj pengangkutan (mengikut kawasan)
- Automatik (DA)
Bayaran tambahan (jika perlu) :
+ RM0-RM150 caj pengangkutan (mengikut kawasan)
Lesen Motosikal :
- B2
RM350 + 6% SST = RM371
Bayaran tambahan (jika perlu) :
+ RM0-RM150 caj pengangkutan (mengikut kawasan)
- B FULL
RM900 + 6% SST = RM954
Bayaran tambahan (jika perlu) :
+ RM0-RM150 caj pengangkutan (mengikut kawasan)
- UPGRADE B FULL (sudah ada lesen B2)
RM750 + 6% SST = RM795
Monday, February 19, 2018
ANUGERAH UNTUK TAHUN 2017
Alhamdulillah, untuk tahun kedua, Cikgu Zul sekali lagi diberi penghargaan iaitu Rakan Niaga (agent) Terbaik tempat ke-2 bagi tahun 2017. Sesungguhnya penghargaan ini Cikgu Zul tujukan kepada semua rakan niaga yang sentiasa membantu Cikgu Zul, memberi kerjasama yang sangat terbaik. Masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi mutu perkhidmatan dan InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki.
Terima Kasih juga kepada para pelanggan yang sudi dan memilih perkhidmatan lesen memandu dari Cikgu zul dan team.
Thursday, July 20, 2017
PENDAFTARAN LESEN VOKASIONAL (GDL) DI KUANTAN
Prosedur Pendaftaran Lesen GDL.
Sebelum tu, saya nak maklumkan yang GDL adalah bermaksud Good Driver's License.
Pendek cerita, GDL tu lesen untuk angkut barang dibawah pengelolaan sesebuah syarikat.
Kalau sekadar angkut barang pindah rumah (barang sendiri) tak perlu lesen GDL.
Untuk mendapatkan lesen GDL, anda perlu :
1) Hadir ceramah GDL (9.00pg - 4.30ptg)
2) Hadir Ujian Bertulis (soalan objektif 50 soalan)
Syarat memohon lesen GDL :
1) Umur 21 tahun dan ke atas
2) Lesen Memandu Kelas D Sudah habis tempoh P 2 tahun
3) Sihat tubuh badan selepas melakukan pemeriksaan kesihatan
4) Warganegara Malaysia dan penduduk tetap sahaja.
Dokumen yang diperlukan untuk memohon GDL :
1) Salinan kad pengenalan dan lesen memandu
2) Borang JPJ L8A (borang medical check up)
3) Resit medical check up original
4) Bayaran untuk Ceramah dan ujian bertulis.
*Borang medical check boleh ambil di Kaunter JPJ atau intitusi memandu masing-masing.
GDL ada 3 jenis :
1) GDL D Kejur~ bawah 3 tan @ 3000kg
2) GDL E Kejur ~ atas 3 tan @ 3000kg. (perlu ada lesen memandu lori kelas (E) terlebih dahulu).
3) GDL E Bersendi ~ Pendek kata lori treler. Perlu ada lesen memandu kelas E juga.
Sekiranya anda ingin memohon lesen GDL di Kuantan,
Boleh hubungi :
Pn. Meera 014-2276867
sumber gambar - google image |