Wednesday, December 18, 2024

Nak cepat dapatkan lesen memandu?? Singgah sini jap guys...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Meera sekolah memandu. Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini. Semoga segala maklumat dapat disampaikan kepada pembaca hendaknya.



Tahun 2024 dah semakin meninggalkan kita. Apa perancangan anda untuk tahun 2025 nanti?  Bagi yang belum memiliki lesen memandu, ini  masa yang terbaik untuk mendaftar lesen memandu.. Kenapa ya? Apa yang terbaik sangat tu?


Kenapa perlu mendaftar lesen memandu pada hujung tahun 2024 ni? Jika di Akademi Memandu Kuantan, masa menunggu untuk menghabiskan 16jam tempoh belajar seterusnya menduduki ujian JPJ bahagian litar dan jala raya adalah hanya memakan masa tempoh satu bulan sahaja. 

 

Ya !! hanya dalam satu bulan sahaja tempoh sehingga menduduki ujian JPJ di Akademi Memandu Kuantan.


Apa yang lagi best.. kita boleh request nak belajar sehingga 4jam kelas memandu sehari berbanding 2jam sehari. Ha, jackpot untuk calon yang dah boleh memandu. Bagi calon yang belum mahir memandu dan memerlukan perhatian yang lebih, Cikgu Meera tak sarankan booking extra kelas pada hari yang sama. Nanti you all yang penat otak. Percayalah cakap saya ni..


4jam kelas memandu sehari.


Nak belajar memandu mestilah nak tenang-tenang je kan? waktu sekarang la waktu terbaik. Kenapa? sebab pelatih tak ramai hujung tahun ni. Tempoh 2 jam latihan di litar itu terasa lamaaanyaaa nak habis kelas. Pada waktu kemuncak iaitu waktu pelajar lepasan SPM ramai-ramai mendaftar lesen, mungkin pelatih (anak murid) cikgu dapat buat dalam 2-3 set je untuk kelas litar. suasana di litar sangat crowded dengan kereta-kereta belajar memandu ya.. Namun sekiranya litar kosong (bukan waktu kemuncak), pelatih dapat habiskan kesemua elemen dilitar sehingga 5-6 set. Banyak tu...


Menjalani latihan memandu dalam keadaan tenang.


Walau dimana anda berada, ingat daku dalam doa mu... hehe. gurau. Pelatih-pelatih cikgu Meera ramai dikalangan student kolej dan student lepasan SPM. Kalau anda orang Selangor nak mendaftar lesen dengan Cikgu Meera pun sangat-sangat lah dialu-alukan. Alang-alang datang dari jauh, bawa la geng sekolah sekali. Jangan risau, kita ramai cikgu memandu yang bertauliah di sini..di mana? Di Akademi Memandu Kuantan la..


Jumpa Cikgu Meera taw.. anda bukan tak pandai memandu, tapi anda belum berjumpa dengan Cikgu Meera lagi..









No comments:

Post a Comment

terima kasih.. :)