Wednesday, February 6, 2013

UPDATE 2018 !! APA BERLAKU PADA LESEN L JIKA...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada viewer Cikgu Zul sekolah memandu.

***UPDATED FEBRUARI 2018***


1.  SAYA DAH BUAT BAYARAN PENUH / SAYA DAH BAYAR SEPARUH   UNTUK LESEN CUMA TAK SEMPAT TERUSKAN PROSES JE.

  - BERMULA TAHUN 2014, Prosedur untuk mendapatkan lesen L adalah wajib hadir Kursus KPP dan Lulus Ujian undang-undang bahagian 1(ujian komputer/statik) walaupun anda sudah memiliki lesen bagi kelas memandu  selain yang ingin dimohon. Andai kata anda tidak meneruskan Ujian Statik (undang-undang) melebihi 1 tahun dari tarikh hadir kursus (KPP), maka sijil Kursus KPP secara automatik terbatal. Baki bayaran sekiranya ada tidak lupus, tetapi anda perlu menambah semula bayaran untuk menghadiri semula kursus KPP yang baru. Bayaran untuk kursus KPP adalah tertakluk kepada tempat Institusi memandu pilihan anda. Kemudian, anda boleh teruskan proses mendapatkan lesen seperti biasa.

2.  SAYA SUDAH MEMPUNYAI LESEN L TETAPI SAYA BELUM SEMPAT MENJALANI UJIAN JPJ. 

-  Lesen L hanya sah untuk tempoh dua tahun dan tiada tempoh rayuan. Jika pemegang Lesen L belum menjalani sebarang ujian JPJ, pastikan Lesen L anda tidak dibiarkan melebihi tempoh tersebut. Jika tempoh 2 tahun lesen L tamat, maka calon perlu mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus dan menjawab ujian undang-undang sekali lagi.

3.   SEKARANG, SAYA BERADA DILUAR KAWASAN DAN AGAK SUSAH UNTUK SAYA PERGI BELAJAR MEMANDU KE INSTITUSI YANG LAMA 

- calon memandu yang ingin bertukar ke institusi memandu yang baru mestilah menyerahkan borang SM4 bagi Amali KPP2 (sekiranya ada), surat kebenaran dan tunjuk sebab bertukar tempat institusi memandu kepada institusi memandu yang baru. Surat pertukaran dan borang SM4  boleh diambil di tempat institusi semasa anda.

4.  SOALAN PALING POPULAR !! LESEN L SAYA DAH TAMAT TEMPOH LEBIH DARI 2 TAHUN, APA PERLU SAYA BUAT??

- bagi lesen L yang telah tamat tempoh lebih dari 2 tahun, cara untuk menghidupkan semula lesen LDL.
  •  Anda perlu mengulangi semula prosedur untuk mendapatkan lesen memandu dari awal sehingga akhir. Menghadiri semula kursus KPP 1, menjalani ujian undang-undang dan menghadiri KPP 2 dan KPP 3 

5. SOALAN PALING POLULAR !! LESEN CDL (lesen penuh) SAYA DAH TAMAT TEMPOH SETAHUN. PERLU MASUK KURSUS SEMULA KA???


- Lesen CDL (lesen kompeten/penuh) BOLEH diperbaharui dalam masa 3 tahun selepas lesen tamat. Jika lesen memandu sudah mati melebihi 3 tahun maka perkara dibawah adalah dirujuk :
  • Terdapat dua cara. Pertama,  membuat rayuan kepada ketua pengarah JPJ dgn menyatakan sebab-sebab tamat lesen.Jika permohonan anda diluluskan, pengecualian akan diberikan tanpa perlu menghadiri kursus KPP 1, Ujian Undang-undang, KPP 2 dan QTI tetapi perlu mengambil ujian bhg 2&3 di mana-mana institut memandu berdekatan.
  • Kedua, menghadiri semula prosedur untuk mendapatkan lesen memandu dari awal sehingga akhir prosedur.
Bagi lesen P, tempoh perbaharui lesen adalah sehingga setahun selepas lesen P tamat tempoh.


6. SOALAN PALING POPULAR !!! Berapa tempoh Lesen L ??? 

    - Tempoh lesen L adalah 2 tahun sahaja ! Termasuk Lesen L B2.B.D.E


7. BERAPA BAYARAN UNTUK PERBAHARUI (RENEWAL) LESEN MEMANDU DAN BERAPA DENDA YANG DIKENAKAN JIKA TERLEWAT PERBAHARUI LESEN MEMANDU?

     - Harga pembaharuan lesen *tertakluk kepada Pengurusan JPJ. Anda boleh terus ke mana-mana cawangan JPJ atau pejabat pos untuk urusan dan harga untuk pembaharuan lesen memandu. Tiada denda dikenakan jika terlewat renew. *Renew L ( D ) RM30 utk 3 bulan, Renew L ( B2 ) RM2 utk 3 bulan (jika hanya ada lesen motor sahaja)

8. SAYA GAGAL UJIAN JPJ BAHAGIAN 2 ( BUKIT DAN PARKING) DAN BAHAGIAN 3 
(JALANRAYA) TAPI SAYA NAK MENGULANG UJIAN DI TEMPAT LAIN. SAYA JUGA SUDAH BUAT BAYARAN HABIS DI TEMPAT LAMA. APA PROSEDUR ?

      - walaupun bayaran ditempat lama sudah habis selesai, bayaran yang dikenakan ditempat baru adalah tertakluk kepada cikgu memandu tersebut. Ini kerana calon yang gagal ujian JPJ perlu mengulang semula belajar di tempat institusi memandu yang baru. Hanya perlu bawa salinan ic, salinan lesen L, surat pelepasan juga keputusan ujian memandu di tempat lama (sekiranya ada). 

9. SAYA DAH ADA LESEN MOTOR @ SAYA DAH ADA LESEN KERETA. MACAM MANA PROSEDUR UNTUK TAMBAH KELAS LESEN MEMANDU?

      - walaupun anda sudah mempunyai lesen memandu, anda harus menghadiri ceramah KPP1 dan menjawab ujian undang-undang sekali lagi untuk mendapatkan lesen L.  Ini kerana pembaharuan modul untuk menjalani ujian memandu JPJ telah dilaksanakan di institusi memandu di seluruh Malaysia bermula tahun 2014.

10. BERAPA HARGA LESEN MEMANDU SEKARANG???

       - bermula April 2015, GST (Good & service Taxes) telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. oleh itu, segala urus niaga perkhidmatan lesen memandu akan dikenakan caj GST sebanyak 6%. untuk maklumat lanjut mengenai harga lesen memandu, saudara/saudari boleh hubungi cikgu zul di talian 019-9865 968 atau pembantu cikgu zul (pn,meera) di talian 014-2276 867 (sms/whatsapp/call) terima kasih..

P/S : SENARAI HARGA YANG TELAH DISENARAIKAN DIRUANG KOMEN (JIKA ADA ) ADALAH TIDAK SAH BERMULA TAHUN 2014..UNTUK MENGETAHUI MAKLUMAT HARGA BAHARU BOLEH HUBUNGI NO YANG TERTERA DI ATAS.


# SILA BERIKAN SOALAN ANDA.. SOALAN BERULANG TIDAK DIJAWAB BERULANG KALI YE . BACA DULU KOMEN-KOMEN (PERTANYAAN) DARI MEMBER2 YANG LAIN KAT BAWAH NI. TERIMA KASIH :)










547 comments:

  1. Salam. Saya nak tanya, saya ada lesen L untuk kelas b2 motosikal tapi saya tak pergi pun latihan motosikal sebab saya nak teruskan dengan lesen kereta. Tapi pihak dari driving school tu cakap saya kena dapatkan P untuk motosikal dulu baru saya boleh ambil lesen kereta. Betul ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Seandainya pada lesen L cuma ada kelas (B2) dan lesen itu hampir tamat tempoh (untuk 2 tahun) sebaiknya dapatkan dulu P motor. TK

      Delete
    2. Sis..berapa ye hrga lesen kete & moto??ada servis amek dgn hntar x?tq

      Delete
  2. saya dah ada lesen p motor dan L kereta. saya buat masa belajar dekat kulim. untuk kereta saya dah habis kelas tinggal buat ujian jpj sahaja. kalau saya nak buat jpj dekat pusat memandu tuan, berapa bayaran yang dikebakan. borang sm4 dah ade dekat tangan saya. saya nak pergi kulim terlalu jauh and kekangan masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bertanyakan soalan. borang SM4 dan surat pelepasan di perlukan untuk bertukar tempat institusi memandu.boleh call en zul di talian 019-9865968 untuk dapatkan harga diskaun. terim kasih :)

      Delete
  3. Salam.. hari ni 4 nov 2013 saya nk p renew L lesen motosikal tp pihak jpj bgtaw bhwa lesen l sy dah tamat tempoh.. bhgian 1 sy bt 2007-2009. Lpas tu sy msuk smla cramah amali pda thn 2012. Kalo ikt tempoh xsmpai 2 thn lg..tp knpa xbley renew lesen??

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slam.kurang faham jika kelas amali itu untuk kelas motor atau tambah kelas kereta? tempoh untuk renew Lesen L tidak kan berubah seperti di bahagian 1 kecuali anda mempunyai lesen D (kereta). tk

      Delete
  4. assalam .. sy dapad kad lsen mtO L 2/12/2011 .. if tOtal cmpy ckunk blOm ckup 2 taOn agy an ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slam.mohon zaty rujuk pada lesen L. tempoh lesen ada pada tarikh di bahagian 1 (belah belakang lesen L) .tk

      Delete
  5. salam...
    nak tanya...
    lesen L motor saye dah tamat tempoh melebihi 2 bln tp ade lesen P kereta...
    so saye boleh terus perbaharui kt pos ofis je atau kena test jpj blk?
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. boleh renew lesen L motor. tak da masalah.tk.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Saya ada lesen L kereta. Tapi dah tamat tempoh. Saya baru byar separuh. Adakah sy wajib bayar baki yg seterusnya?

    ReplyDelete
  7. salam. jika baki untuk lesen L masih ada wajib bayar. bayaran untuk test jpj pula wajib diselesaikan selewatnya pada hari ujian memandu JPJ. TK

    ReplyDelete
  8. Salam, sy dh ade lesen kerete pnuh dan lesen L bg moto....tp lesen L sy kalau iktkn tarikh dh xboleh renew, tp bru2 ni sy renew di JPJ msih boleh...Brape lame tempoh L untuk moto sbenarnye?

    ReplyDelete
  9. wslm.. lesen L valid utk tiga tahun kalau dah ada lesen memandu. tk

    ReplyDelete
  10. salam, nak tye... sye dh ada lesen motorsikal B2, dan utk kereta sye dh ade lesen L, sye dh ambil ujian tapi gagal.. selepas tu sye dah xambil test sebab kekangan kerja... lesen L kereta tu dah mati 5 tahun... jadi perlukah sya renew balik lesen sye tu atau ambil blk lesen L tu dekat sekolah memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam..kena amik kursus amali kereta semula..

      Delete
  11. Salam..
    Saya telah ada lesen L dan telah menduduki ujian memandu setahun yg lepas. tetapi, saya gagal dalam ujian memandu di litar walaupun lulus di jalanraya. saya juga sentiasa renew lesen L setiap 3 bulan agar tak tamat tempoh. soalan saya adakah saya masih boleh terus mengulangi ujian memandu di litar tanpa mengulangi ujian di jalanraya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..boleh teruskan ulangan ujian bahagian yg gagal namun jika lebih dari setahun tidak mengulang ujian JPJ, maka anda harus menjalani ujian untuk semua bahagian. TK

      Delete
  12. Salam , jika lesen L saya hilang , apa patut saya buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. boleh terus ke JPJ untuk membuat salinan lesen. Denda RM10 dikenakan tidak termasuk harga lesen. tk.

      Delete
  13. Salam, bolehkah saya training untuk lesen P moto di tempat training yg lain?

    ReplyDelete
  14. Salam..sya ada lesen l b2,tarikh 3bulan dah expired..so saya kena ulang balik ujian komputer ke kalau nak renew balik lesen l??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. jika Lmati tidak melebihi 2 thn, tak perlu ulang statik, renew sahaja di JPJ.

      Delete
  15. salam...sy sdh mempunyai lesen L dan sy sdh menjalani uijan jpj..tp sy gagal satu bahagian iaitu bhgian 2...smlm sy tlh melakukan ulangan untuk bhgian tersebut malangnya masih gagal di parking...memandangkan sy bekerja di sarawak bolehkah sy menyambung ujian ulangan tersebut di sana?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..boleh buat ulangan ujian di institusi memandu yang lain.TK

      Delete
  16. Salam... sy baru lesen L kereta.. tp sy belum lagi renew lesen sy... tempoh lesen sy sehingga bulan julai haritu.. still blh renew lagi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. tempoh L sehingga dua tahun. boleh terus ke JPJ.

      Delete
  17. Salam, saya tinggal di Penang. Tetapi belajar di Kuantan. Saya dah ada lesen L kereta. Dah expired dah sudah pon renew. Cuma tunggu nak test jpj. Tpi cuti sya sangat singkat utk test jpj dekat penang. Saya ingat nak test jpj di Kuantan. Macamna ya proses nya? Saya nak berlatih dlm 2 kali sebelum test jpj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm. dapatkan dahulu borang SM4 dari institusi saudara/i di institusi memandu di Penang. Details boleh hubungi en. zul 019-9865968.tk

      Delete
  18. Salam..

    Saya dah ada lesen P kereta. Saya nak ambik lesen motor (sebelum ni cuma amik L kereta). Boleh ke saya tak payah hadir kursus dan mohon lesen semata2? Saya dengar orang kata kalau ada L kereta, tak payah dah nak gi kursus L motor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.terima kasih bertanya. Wajib hadiri ceramah untuk Amali Motor sahaja. Kursus KPP dan ujian statik tidak perlu bagi calon yang sudah ada lesen memandu dan yang ingin menambah kelas lesen.

      Delete
  19. salam....sy ada lesen motor L tp dh expired tempoh 2 thn 5dec haritu....sy pegi pjb pos utk renew tp diaorg ckp kena pegi driving school blik....sy ada lesen keta penuh...jd skrg sy kena ambil lesen l semula ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Jika tidak boleh renew ke pejabat Pos, boleh terus ke JPJ untuk sambung lesen L. bawa bersama lesen kereta sbg bukti saudara/i sudah memiliki lesen memandu. tk..

      Delete
  20. salam....sy ada lesen motor L tp dh expired tempoh 2 thn 5dec haritu....sy pegi pjb pos utk renew tp diaorg ckp kena pegi driving school blik....sy ada lesen keta penuh...jd skrg sy kena ambil lesen l semula ke...

    ReplyDelete
  21. salam....sy ada lesen motor L tp dh expired tempoh 2 thn 5dec haritu....sy pegi pjb pos utk renew tp diaorg ckp kena pegi driving school blik....sy ada lesen keta penuh...jd skrg sy kena ambil lesen l semula ke...

    ReplyDelete
  22. salam....sy ada lesen motor L tp dh expired tempoh 2 thn 5dec haritu....sy pegi pjb pos utk renew tp diaorg ckp kena pegi driving school blik....sy ada lesen keta penuh...jd skrg sy kena ambil lesen l semula ke...

    ReplyDelete
  23. salam....sy ada lesen motor L tp dh expired tempoh 2 thn 5dec haritu....sy pegi pjb pos utk renew tp diaorg ckp kena pegi driving school blik....sy ada lesen keta penuh...jd skrg sy kena ambil lesen l semula ke...

    ReplyDelete
  24. saya nk tya...lesen L saya lg seminggu cukup 2 tahun tapi saya dah melalui proses nk buat lesen p..tinggal test jpj je belum buat lg..soalan...boleh x kalau saya pergi jpj n mintak extend lesen L lg sebulan untuk saya setelkan test jpj??perlu jawapan segera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf terlewat. boleh buat rayuan extend tempoh L di JPJ.

      Delete
  25. salam..saya nak tanya..saya ade lesen L, tp sy terkandas semasa ujian jpj dalam litar pada bulan oktober 2012..adakah lesen L sy masih valid dan boleh membuat test jpj ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. tempoh lesen L adalah 2 tahun namun tempoh untuk mengulang test JPJ adalah setahun sahaja. JIka lebih setahun tidak mengulang bahagian yang gagal perlu ulang untuk semua bahagian.

      Delete
  26. salam , saya lesen L saya dah tamat bhg 1 pada 12/1/2013 . saya dah ambil ujian jpj tapi gagal . saya tak repeat lagi dan tak renew lesen L . jadi saya perlu ambil semula ujian komputer dan kursus la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.ya, perlu mengulangi kursus semula jika saudara/i belum ada sebarang lesen memandu.

      Delete
  27. Salam..saya lesen l tp sudh tamat tempoh lima tahun lebih..saya ada lesen kereta..blh saya renew lesen l??

    ReplyDelete
  28. Salam..slalu berapa lama tempoh untuk ujian L motor dan tempoh untuk terima lesen motor L dan P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..dalam masa tk sampai dua bulan boleh siap lesen P. walaubagaimana pun semua tu mengikut keadaan semasa, seperti sekarang dimana lesen agak lambat diproses disebabkan masalah sistem. tk.

      Delete
  29. Salam..sy ada lesen L motor B2.baru buat bulan 11 tahun lepas (2013).nk tanya kalo sy terus kn buat lesen L kereta boleh tak?kena masuk kelas ape ye?

    ReplyDelete
  30. Salam. Lesen P saya dah mati nak dekat 2 tahun dah tapi belum masuk 2 tahun lagi. Apa akan jadi ek kalau saya nak renew sekarang ? Ke dah terlambat ? Ke saya kena duduki ujian lesen dari A sampai Z semula ? T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. lesen P perlu ditukar kepada lesen kompeten selewat-lewatnya dalam masa satu tahun selepas tamat tempoh lesen P. jika lebih dari tempoh tersebut maka saudara/i perlu menjalani semula kursus memandu dari peringkat awal. tk.

      Delete
  31. Salam. Saya ingin bertanya. Setahu saya lesen l perlu dihidupkan setiap 3 bulan. Tetapi sekiranya saya tidak mghidupkn stp 3bulan adakah lesen l saya akan terus tamat dan perlu mngambil semula drpd mula ? Tempoh lesen l saya akn tamat pd thun 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. tak menjadi masalah sekiranya saudara/i tidak menghidupkan lesen stp 3 buln dengan syarat tidak melebihi tempoh L 2 tahun. tk

      Delete
  32. salam. lesen sy sudah tamat tempoh 2 thn pd 28/12/13 mslah nye sy tiada masa untk mghidupkn lesen hgga skrg ats kesibukn krja.. soalan sy, brape lamakah had tempoh lesen itu akan expired ??

    ReplyDelete
  33. Salam..saya sudah lulus jpj, berapa lama tempoh untuk saya buat lesen p?saya lulus jpj di shah alam, boleh kah sy buat lesen p di kampung memandang kan sy sudah tidak berada di shah alam?

    ReplyDelete
  34. Salam.... kalau lesen L motosikal telah tamat tempoh 2 tahun, dan masih ada lesen competent untuk kereta, adakah lesen L motosikal itu masih boleh diperbaharui lg, ataupun tetap kena ambil ujian undang2 komputer semula....

    mohon pencerahan kak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh renew..tak perlu jawab ujian statik.tk

      Delete
  35. Lesen L saya hilang tetapi lesen P saya masih ada (motosikal) perlukah saya mendapat kan balik lesen L saya.tolong reply secepat mungkin.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika masih menggunakan lesen L, en.rafie boleh buat salinan di JPJ.tk

      Delete
  36. Assalamualaikum wbt
    Saya ingin betanya... Adakah lesen L motor mempunyai had perjalanan...?
    Ramai kawan2 yg cakap lesen L cuma boleh pakai dinegeri masing2..?
    X boleh ke negeri lain..? Betul ke..?

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum.. sy nk tnya
    1) sy ada lesen l motosikal dr bln jan thn 2013.. Jadi tempoh lesen l sy smpi jan 2015 ke?
    2) lps latihan blaja moto tu, kena tunggu berapa hari nak buat test jpj tu?

    ReplyDelete
  38. Salam..saya nak tanya saya ad lesen kete L dan sy dah ambik test jpj tp ggal lepastu sy ad masalah sikit dan leseb L saya dah tamat 22/3/2012 sy xrenew lesen L sy smpai skrg rasanya boleh pakai lagi tak L saya kalau nak renew dkt jpj? Sbb skrg dh 2014 ..perlu jawapan segera

    ReplyDelete
  39. Salam.saya ad lesen kete L..saya pernah ambik jpj tapi gagal n then lepas tu sy xambik lagi lesen L say tu tarikh tamat 22/3/2012 tapi say xpernh renew... Sekrang dah 2014 adkah saya boleh pakai lagi lesen L tu dn boleh pegi ambik ujian jpj balik???

    ReplyDelete
  40. Salam..saya nak tanya saya ad lesen kete L dan sy dah ambik test jpj tp ggal lepastu sy ad masalah sikit dan leseb L saya dah tamat 22/3/2012 sy xrenew lesen L sy smpai skrg rasanya boleh pakai lagi tak L saya kalau nak renew dkt jpj? Sbb skrg dh 2014 ..perlu jawapan segera

    ReplyDelete
  41. Salam..saya nak tanya saya ad lesen kete L dan sy dah ambik test jpj tp ggal lepastu sy ad masalah sikit dan leseb L saya dah tamat 22/3/2012 sy xrenew lesen L sy smpai skrg rasanya boleh pakai lagi tak L saya kalau nak renew dkt jpj? Sbb skrg dh 2014 ..perlu jawapan segera

    ReplyDelete
  42. Salam..saya nak tanya saya ad lesen kete L dan sy dah ambik test jpj tp ggal lepastu sy ad masalah sikit dan leseb L saya dah tamat 22/3/2012 sy xrenew lesen L sy smpai skrg rasanya boleh pakai lagi tak L saya kalau nak renew dkt jpj? Sbb skrg dh 2014 ..perlu jawapan segera

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Salam..saya nak tanya saya ad lesen kete L dan sy dah ambik test jpj tp ggal lepastu sy ad masalah sikit dan leseb L saya dah tamat 22/3/2012 sy xrenew lesen L sy smpai skrg rasanya boleh pakai lagi tak L saya kalau nak renew dkt jpj? Sbb skrg dh 2014 ..perlu jawapan segera

    ReplyDelete
  45. @Modh nazeen shah w'slm.. terima kasih bertanya. KIta lihat syarat pemegang lesen L disini. Lesen Memandu Pelajar (LDL) hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng.Tk.

    ReplyDelete
  46. @Anonymous w'slm. terima kasih bertanya.
    1) lesen L perlu diperbaharui setiap 3 - 6 bulan dan sah untuk temph dua tahun.
    2) tempoh untuk menduduki ujian memandu JPJ adalah sebulan selepas dari tarikh lesen L dikeluarkna.

    ReplyDelete
  47. @isz unly w'slm. terima ksih bertanya. jika saudari/a sudah memiliki lesen motorsikal, tiada masalah untuk perbaharui lesen L kereta. Jika hanya ada lesen L semata, perlu mengulangi semula prosedur untuk mendapatkan lesen L.Cadangan saya,saudara/i berjumpa dengan pegawai JPJ untuk rayuan lesen tamat tempoh.

    ReplyDelete
  48. salam..sya nk tnya..lesen L sya tmat tempoh blan 12 thn lpas...dh hampir 2 bln tmat..sya hanya perlu renew sja ka??untuk sambung lesen..

    ReplyDelete
  49. assalamualaikum, soalan saya, saya dah ade lesen P B2, tapi dah tamat tempoh 1 tahun 6 bulan, adakah saya dikenakan denda, atau masuk kelas proses balek, atau macamana??
    mohon penjelasan, terima kasih. . .

    ReplyDelete
  50. saya nak tanya, saya punya lesen L untuk kereta dah expired. lesen saya experid 18 februari lepas dan saya belum renew lagi. kena denda tak? lesen L saya baru 3 bulan.

    ReplyDelete
  51. salam.... saya dulu ada lesen P..tp dh kena gantung... sy dh buat rayuan..dan dh dpt lesen L... skrg lesen L tu expired...nk renew,..tak boleh... katanya sbb lesen P masih wujud..padahal...lesen P kan dh kna gantung..cmna???

    ReplyDelete
  52. @Anonymous salam..ya, boleh renew dengan syarat lesen L tamat tempoh tidak melebihi 2 tahun

    ReplyDelete
  53. @muhammad bin ismail
    w'salam..terima kasih bertanya. Tempoh lesen P adalah 2 tahun dan tempoh untuk menyambung lesen P kepada lesen kompeten adalah hanyan dalam tempoh 1 tahun slps tamat tempoh lesen P. jika tidak, saudara perlu mengulang semua kursus dan ujian. cadangan saya saudara mengemukakan rayuan bertulis kpd HQ JPJ Putrajaya. tk

    ReplyDelete
  54. @Anonymous perbaharui lesen dengan caj rm30. tidak dikenakan denda. tk

    ReplyDelete
  55. @Anonymous salam. cadangan saya, tunjuk surat rayuan kpd petugas ketika asaudara/i ingin perbaharui lesen L.tk

    ReplyDelete
  56. saya nk tanya tempoh untuk dapatkan lesen L berapa lama sbb saya dah mnunggu lesen L untuk siap dah dekat sebulan. memang jpj yg lambat ke atau pun cikgu memandu saya yg main main.

    ReplyDelete
  57. salam..saya nak tanya sy ada ada lesen L motor tapi saya tak bt test jpj utuk p sebab sy belajar dn tak sempat..boleh ke kalau saya nak bt lesen kereta terus..kalau boleh sy nk dpt kn bulan ni juga sebelum sy pg praktikal

    ReplyDelete
  58. salam. klau sy dah lesen p kereta dan lesen l motor sye akan tamat tmpoh 2 tahun bulan 5 ni. sy tak buat lagi amali yg 10 jam lagi tu. klau fah taaat tmpoh 2 tahun l, sy kena start dari mana ye dan kena bayaran ke?

    ReplyDelete
  59. Salam,,sy ada masaalah tentang lesen
    1- sy warga asing yg guna pasport
    Dulu sy mengambil lesen dgn pasport lama.dengan tarihk lahir cth01-01-1978
    2- skrg sy telah tukar pasport baru tapi ada kesalahan pada tarihk lahir 01 03 1981
    3- lesen sy telah tamat tempoh selama 1 bulan,,sy tlh bersambung di pjbt pos namun gagal
    Apkah ada cara lain utk sy membaharui lesen tersebut?

    ReplyDelete
  60. Salam.. Sy dah ada lesen kereta penuh dan L utk moto..soalan sy berapa lama tempoh tamat lesen moto L sy? Dan, klu taknak mbik P xpe ke, mean bolehkah sy juz byr L setiap 3 bulan even telah tamat tempoh yg sepatutnya?

    ReplyDelete
  61. @iejah Wslm. boleh renew sahaja lesen L secara berterusan tapi tidak boleh membawa pombonceng jika hanya menggunakan lesen L motor. tk

    ReplyDelete
  62. @farid cadangan saya, perbaharui lesen di JPJ. tk

    ReplyDelete
  63. @MY SUPERMAN ! :O salam. boleh perbaharui lesen L seperti biasa. Lesen L valid untuk 3 tahun jika sudah mempunyai lesen memandu. tk

    ReplyDelete
  64. @Anonymous sila rujuk kepada pusat memandu di tempat saudara/i berdaftar. tk

    ReplyDelete
  65. @Anonymous salam.dapatakn dulu lesen L utk kereta. tk

    ReplyDelete
  66. Lesen p saya dah tamat tapi lesen p tu hilang.so boleh ke saya renew lesen tampa kad lesen p?

    ReplyDelete
  67. Saya mempunyai lesen P kereta,jika saya ingin mengambil lesen motor adakah saya perlu menduduki ujian komputer sekali lagi?

    ReplyDelete
  68. Salam,
    Merujuk kpd soalan @iejah pada April 8, 2014 at 11:01 PM dan reply drp tuan pada April 9, 2014 at 12:02 AM.

    Saya mempunyai lesen kereta penuh dan lesen L B2. Jika lesen L B2 saya tlh tamat tempoh 2 tahun, adakah lesen L saya masih boleh terus dihidupkan bertahun2 selepas itu? Mohon pencerahan. TK.

    ReplyDelete
  69. @Anonymous salam. jika seseorang telah mempunyai lesen memandu competen iaitu lesen penuh, anda boleh perbaharui lesen L stiap 3bulan, 6 bulan atau 9 bulan pun kerana Lesen L valid untuk 3 tahun bagi seseorang yang telah mempunyai lesen penuh. namun, jika anda hanya menpunyai lesen percubaan iaitu lesen P, lesen L valid hanya untuk 2 tahun shj. jika lebih dari 2 tahun maka perlu menghadiri semula kursus. Bermula bulan Mei 2014, sistem untuk mendapatkan lesen mungkin berubah sepenuhnya. andai ada sebarang perubahan, akan saya update dari masa ke semasa, tk.

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum , saya nak tanya saya ada lesen p untuk kereta dan lesen l untuk motorsikal .tetapi lesen l untuk motor dah tamat tempoh ( lebih dua tahun) . Jadi boleh saya renew lesen l motor macam biasa ?

    ReplyDelete
  71. salam...sya nk tnya...sya dh lulus ujian litar tapi xlulus ujian jlnraya...jd adakah ujian litar yg sya lulus tu ada tamat tempoh??

    ReplyDelete
  72. Helo, saya hanya ada lesen L untuk kereta tetapi buat sekarang saya tak mampu meneruskan ujian sampai P lesen . Soalan saya blh tak saya ambil L untuk motorsikal walaupun tk dpt P untuk kereta lagi dan boleh tk saya skip kursus komputer ?

    ReplyDelete
  73. Helo, saya ada lesen P (D&B2).. 8 mei 2014 ini tarikh luput.

    soalan:
    1. Bolehkah sekiranya org lain yang tolong saya untuk renew lesen saya?
    2. Apakah denda yang dikenakan sekiranya saya lewat untuk renew lesen saya cth, pada 10 mei 2014(lewat 2 hari)..

    sebab saudari ada mengatakan yang pembaharuan lesen pada bulan mei akan ada perubahan.. mohon bantuan.. tank q

    ReplyDelete
  74. Assalamualaikum nak tanya.... Kalo kereta dah siap jpj maka dpt la lesen p . Tetapi motor belum ambil jpj test lg. Ke kena buat jpj dulu baru sekali dpt lesen.. ? Mohon jelaskan terima kasih .

    ReplyDelete
  75. @Azry Masrom salam..masuk ceramah amali motor semula. tk

    ReplyDelete
  76. @Anonymous salam.ya, ada tempoh iaitu utk satu 1 tahun shj.

    ReplyDelete
  77. @Avit Moke boleh hantar wakil untuk renew lesen dgn sediakan gambar paspost 1 keping yang berlatarbelakang warna putih, dan serahkan lesen P bersama. tiada denda dikenakan. tk

    ReplyDelete
  78. @Anonymous wslm..tak ada masalah. lesen P tetap boleh dikeluarkan walau hanya ambil ujian JPJ kereta shj. (jika terdapat masalah boleh minta penjelasan terus kpd cikgu memandu anda.. tk)

    ReplyDelete
  79. Sy ada lesen ldl kelas b2 tapi sy x ambil ujian jps, nk ambil kelas d..kena ambil ujian lagi tak..

    ReplyDelete
  80. Saya punya lesen p kereta dah mati 2012 tapi tak renew pon lagi . Kena ikut kelas balik ke ye ?

    ReplyDelete
  81. klau sebelum ni sy dah hidupkan dan tros hidupkan lpastu sy smbung blajar dan terlupa untuk smbung mengambil ujian. dan lesen sy mati tetapi matinya belum smpai tempoh 2thun.. adakah masih sah lg jika dibaharukan?

    ReplyDelete
  82. adakah mengulangi semula prosedur untuk mendapatkan lesen L perlu bayar

    ReplyDelete
  83. Assalammualaiku, saya ada lesen kereta 2010....lesen L (kelas B & C)saya pada tahun 2010....saya renew dipejabat pos tiada masaalah (renew utk 3 bulan)....boleh renew....adakah kalau saya pergi ke JPJ untuk renew, JPJ akan reject? Adakah saya perlu mengambil semula ujian utk dapatkan lesen L?

    ReplyDelete
  84. Selamat pagi. Saya ada lesen L dan saya ingin pindah institut lama ke institut baru d tempat yang lain tetapi surat pelepasan saya hilang . Adakah bole pindah wlaupun tkda surat pelepasan tu?

    ReplyDelete
  85. @Faisal Eiseel salam. masuk ceramah amali kereta shj.

    ReplyDelete
  86. @heeja young lesen P yang tidak diperbaharui melebihi setahun perlu ulang prosedur lesen L. tq

    ReplyDelete
  87. @hilmi saufi masih sah jika lesen L tidak melebihi dua tahun. tk

    ReplyDelete
  88. @ewan azrai lesen L aktif untuk 3 tahun jika sudah memiliki lesen memandu penuh (lesen competen)

    ReplyDelete
  89. Salam. Saya nak tanya. Lesen L kereta saya dah tamat tempoh tahun lepas sebab dah lebih 2 tahun. Jadi awal bulan ni saya daftar ambil lesen balik dan sepatutnya esok saya ambil ujian komputer. Tapi pihak institut baru beritahu nama saya tak boleh daftar untuk ujian esok sebab nama saya masih ada dalam sistem JPJ dan lesen L dulu masih valid tapi ikut tarikh belakang kad dah tamat tempoh. Sekarang apa yang saya kena buat ?

    ReplyDelete
  90. assalamualikum..wbt

    saya memiliki lesen L dan bekerja di spore,apakah saya boleh menungang motor saya mengunakan lesen L memasuki spore..??tq

    ReplyDelete
  91. Assalamualaikum nk tanya kalo lesen L motor dh dah tamat sebab tak buat jpj tetapi kereta dh dpt P jadi P kereta pun batal juga ke? Tq

    ReplyDelete
  92. @SNW
    salam.. nama yg tak boleh didaftarkan untuk ujian JPJ mungkin disebabkan saman tertunggak atau rekod lesen lama masih ada dalam jpj. cadangan saya, sambung terus untuk ceramah amali.

    ReplyDelete
  93. @Anonymous salam. lesen P tidak akan terbatal selagi lesen tidak digantung oleh jpj. tk

    ReplyDelete
  94. Hi nak tanya mana jika kad lesen memandu L menyatakan bhg 1 tamat tempoh 28th May 2012, adakah itu bermakna bahawa lesen L saya akan luput pada tarikh itu? Sekian

    ReplyDelete
  95. Hai, apa khabar, saya nak tanya, brapa tahun kha tempoh sah bagi lesen L?. Saya msih belajar praktikal dan menjalani pra ujian..saya ingin minta tangguh belajar praktikal atas sebab tertentu..brapa tahun kha lesen L dpt ditangguh?.

    ReplyDelete
  96. assalamulaikum..sye nk tnye, tempoh lesen L kereta berapa lame? ssb sye nk g smbung belajar ..tkt plk x smpt nk g ambik lesen p dlm blun 6 ,sbb sye g smbug bljr 7/6/2014 ,tlg bntu sye

    ReplyDelete
  97. salam...saye ingin bertanya saya ada lesen L kelas b2 yg belom melebihi tempoh 2 tahun...bolehkah saye menyambung lesen kelas D tanpa menduduki ujian undang-undang?

    ReplyDelete
  98. Salam,tempoh yg dkira untuk lesen L tu start pendaftaran ato start keluar nye lesen?

    ReplyDelete
  99. As slm admin, nk tnye lesen cdl b2 sy da mati lebih setahun, sy nk renew ke lesen besar..kena ap2 tindakan x?

    ReplyDelete
  100. Assalam . Tenpoh lesen l saya 22/12/2010-21/12/2012 . Sekarang dah 2014 . Saya dah ada lesen memandu motor dan sekarang nak ambil kereta . Saya nk tahu status L sy dan adakah perlu utk sy ambil smula ujian komputer .

    ReplyDelete
  101. sy nak tanya..sy ah lulus ujian jpj..kalau lesen L dah tamat tempoh boleh x buat lesen P?

    ReplyDelete
  102. assalamualaikum,sy dah duduki ujian jpj di litar dan dah lulus..org di tmpat lesen ckp jika sy bayar penuh bru boleh proceed lesen P tersebut.. cuma saya masih xbayar2 sudah setahun atas masalah2 trtentu..sekarang sy mahu bayar dan ambk lesen tu..masih boleh ke

    ReplyDelete
  103. @Rizquha Adi Putra bermula 14 Julai 2014 modul baru akan diperkenal kan. bagi yang ingin menyambung lesen kerete (jika seblum ni dah ada lesen motor) perlu menghadiri semula kursus kpp dan menjawab ujian undang2. TK.

    ReplyDelete
  104. @Rizquha Adi Putra salam. bermula 14 Julai 2014,calon yang ingin memohon lesen memandu (lesen b2 sudah ada) perlu menghadiri kursus KPP dan menjawab ujian undang2. tk

    ReplyDelete
  105. @Fadli Jigur wasalm bermula selepas lesen L dkeluarkan. TK

    ReplyDelete
  106. @mohamad zulshafiq lesen CDL boleh direnew dalam masa 3 tahun selepas tamat tempoh. lebih dari 3 tahun perlu menjalani prodsedur seperti biasa. Untuk lesen P, perlu direnew selewat2 nye dalam masa setahun selepas tamat tempoh lesen.

    ReplyDelete
  107. @Nur fatin Aminah wslm.. perlu menduduki kursus KPP 1 dan menjawab semula ujian undang-undang. tk

    ReplyDelete
  108. @Anonymous wslm. boleh. pastikan lepas lulus ujian JPJ buat terus lesen. jangan sampai tertangguh setahun. tk

    ReplyDelete
  109. @Anonymous boleh berhubung terus dengan sekolah memandu tmpat encik/cik untuk mengetahui status lesen. tk

    ReplyDelete
  110. salam , sy nak tanya.. skrg ni sy tgh study, tahun depan dah praktikal.. sy cdg nak pergi keje naik motor nanti. tapi sy x mampu lagi nak amik full package license, tambah pula harga dh naik. boleh ke kalau sy nak amik lesel L dulu utk bawa motor pergi keje selama 6 bulan? lps praktikal baru sy teruskan lesen sy. boleh ke camtu?

    ReplyDelete
  111. salam , lesen P sy dah tamat stahun lebih..kalau pihak jpj luluskan rayuan,perlu ke nk bayar yuran utk ujian jpj nti??

    ReplyDelete
  112. @Anonymous wslm.Penunggang motosikal boleh menggunakan lesen L selagi lesen L belum tamat tempoh dan pemegang lesen L tidak boleh membawa pembonceng. tk

    ReplyDelete
  113. @Anonymous salam sejahtera. terpulang kpd cikgu memandu. kebiasaannya bayaran adalah sama seperti calon memandu yang lain.

    ReplyDelete
  114. salam..saya ambik lesen l kete ngan moto tp moto sy bbaki bbrp jam ltihan lagi dan dah test jpj kete tp gagal dibhgian parking tapi lpas tu da xulang ujian sbb smbg blja disrwak.now agen sya ckp lesen L saya da tmt tempoh.kena ulang balik semua.tapi saya ada masalah tertentu misalnya dari segi kewangan..soalan saya macam mana saya nak ulang bhgian kete yang gagal sahaja? BOleh ke?

    ReplyDelete
  115. Salam.. sy Zul.. ingin bertanya mengenai SAMAN...
    Saya skrg sdg mgambil lesen P motor.. sudah lulus ujian QTI.. sedang tunggu utk ujian JPJ.. utk mdapatkn lesen P motor.. saya juga pernah disaman 2 kali atas kesalahan tidak menampal sticker L.. Soalan saya.. adakah boleh sy menjelaskan saman itu SELEPAS mendapat lesen P ?? Atau saya perlu menjelaskn saman SEBELUM menduduki ujian JPJ ?? Dan apakah maksud "kesalahan ini boleh DIKOMPAUNKAN di....." ??
    ★ Harap dapat membantu.. terima kasih..

    ReplyDelete
  116. Salam. Saya buat lesen kereta dan motosikal sekali. Saya dah lulus ujian JPJ bagi kereta bulan Julai 2014 tetapi bagi motosikal ujian JPJ dapat dibuat lepas raya iaitu bulan 9 2014. Soalan saya adakah proses P saya terganggu dan bolehkah saya proseskan P (untuk kereta yang dah lulus ujian jpj) dulu atau harus kena tunggu lulus ujian jpj motosikal? ( Lesen L tamat tempoh 2015)

    ReplyDelete
  117. salam,betulke kalau lesen L tk boleh jalan jauh & bawa penumpang

    ReplyDelete
  118. hi..adakah sekarang sekiranya ada lesen L untk motor tidak boleh tambah kelas untuk lesen kereta tanpa mengambil ujian Undang lagi..?

    ReplyDelete
  119. Nk tnye skrg sy ade lesen memandu b2,,sy sudah daftar nk ambik lesen kereta,, tp lesen l sy sudah mati 3tahun,,sy boleh ambik lesen l kereta tak

    ReplyDelete
  120. Salam,sy nak tanya...sy dah ada lesen kereta,tapi lesen motor sy masih L dan sudah lebih dari 2 tahun..sy kena buat apa skrng untuk ambik lesen motor tu balik..kena ulang semua benda yg dari undang2,kpp,amali semua tu ke?Dan kita kena buat bayaran tambahan ke untuk semua tu?..please tolong reply,sy mintak tolong sangat.

    ReplyDelete
  121. Salam..saya ade lesen p moto dan lesen l kereta..tp lesen l saya dah tamat tempoh 2 tahunn..ap yg perlu saya buat jika hendak sambung p kereta??..please admin

    ReplyDelete
  122. Assalamualaikum . Saya ada lesen b2 motorsikal dapat pada awal january 2014, tapi saya sampai sekarg masih belum menjalanani kelas 8 jam di litar. Dan saya dgr ada modul baru untuk buat lesen baru..adakah saya harus mengambil kpp untuk lesen l b2 saya?

    ReplyDelete
  123. salam..sy ade soalan nk bertanya..sekarang saya sudah memiliki lesen penuh B2 dan ingin mengambil lesen D kereta..adakah sy perlu pergi ke kelas ceramah dan menmgambil ujian komputer semula kerana agensi yg sy tanya cakap sekarang prosedur baru kena pergi ceramah dan ambil ujian komputer kerana setahu sy kalau dah ade lesen penuh tidak perlu utk ceramah dan ujian komputer..harap admin boleh jelaskan atau ini hanya utk keuntungan agensi..tq

    ReplyDelete
  124. salam,sy nak tnye...lesen l kete sy dah tamat tmpoh 7/1/14..sy ambil lesen di perak,tetapi sy nk smbung blajar memandu di melaka,bolehkah sy daftar baru,byr smula dan mulakan kelas balik..sy tk tahu bgaimana nak mintk borang untok brtukar tempat blajar,memandangkan sy kena jaga mak sy sakit di melaka.dan tk brkesempatan ke perak..harap boleh jelaskan secepatnya

    ReplyDelete
  125. @Alexa chocos salam. ulangan test jpj perlu dilakukan dalam masa satu tahun dari tempoh test jpj kali pertama. JIka lesen L tamat tempoh 3 bulan masih boleh direnew tetapi jika lesen L telah tamat tempoh 2 tahun anda perlu memngulangi semula proses untuk mendapatkan lesen, tk.

    ReplyDelete
  126. @Anonymous salam. anda boleh dapatkan lesen P kereta dahulu walaupun belum selesaikan ujian jpj motorsikal. tk

    ReplyDelete
  127. @Anonymous salam. lesen L tiada kaki untuk berjalan jauh. ;) boleh diguna pakai di atas jalan raya dan untuk makluman pemegang lesen L motosikal (B2/B) tidak dibenarkan membawa pembonceng bersama. tk

    ReplyDelete
  128. @Anonymous untuk tambah lesen kelas D (kereta), perlu menghadiri kursus KPP 1 dan menjawab ujian undang-undang. tk

    ReplyDelete
  129. @Anonymous boleh teruskan dengan menghadiri kursus KPP 1 dan menduduki ujian undang-undang. tk.

    ReplyDelete
  130. @Anonymous salam.boleh perbaharui lesen L di kaunter urusan JPJ berdekatan jika lesen L tidak tamat melebihi 3 tahun. tk. *bagi pemegang lesen yang telah memiliki lesen besar, lesen L adalah sah untuk 3 tahun.

    ReplyDelete
  131. @Anonymous wslm. boleh cuba perbaharui lesen L di kaunter JPJ dan tunjukkan sekali dikaunter lesen P B2 anda. tk

    ReplyDelete
  132. @Mr_Arefiq salam. anda perlu menjalani modul baru untuk latihan B2. tidak perlu mendaftar kursus semula. tk

    ReplyDelete
  133. @Anonymous salam. bermula 14 Julai 2014 telah dikuatkuasakan modul baru bagi sesiapa yang ingin mendaftar lesen. ini termasuklah kepada calon lesen memandu yang telah memiliki lesen sedia ada dan ingin menambah kelas memandu. Perlu menghadiri kursus KPP1 dan menduduki ujian undang-undang.Perubahan modul baru ini telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya dan institusi memandu seluruh Malaysa serta calon yg ingin mendaftar lesen perlu akur akan perubahn modul baru. tk.

    ReplyDelete
  134. Sy dh lepas ujian jpj b2..nak tanya berapa bayaran tambah kelas b2 pada lesen cdl

    ReplyDelete
  135. @Anonymous tempoh L tamat untk 3 bulan atau 2 tahun? jika lebih dari 2 tahun boleh mendaftar baru dan menjalani prosedur lesen dari mula. semoga kesihatan mak saudara/i bertambah baik hendaknya, tk.

    ReplyDelete
  136. Salam. Kalau sy dri pusat memandu lain mahu buat test jpj d pusat memandu kamu boleh ke? Bayaran bagaimana pula?

    ReplyDelete
  137. Assalam....sy failed 2 msa test jpj..dh hmpir 2 thun sy x ulng test lg.tp sy dh renew lesen l.so skrg ni soalan sy. kalau sy nk ulng semula mcmana?sy kena ulng semula ke?@ulng yg sy failed je...

    ReplyDelete
  138. @abidah zaaba wslm.. boleh shj nak tukar. boleh call cikg zul untuk harga ye.tk

    ReplyDelete
  139. @Anonymous wslm. ulang semua sbb dah lebih dr setahun tak proceed ulgn jpj.tk

    ReplyDelete
  140. salam. nak tanya. sekarang sy ade lesen moto and L tuk kereta. semalam sy pg jpj tuk renew then tak boleh sebab dah tamat tempoh. sy keliru dgn date tamat lesen 2. seingat sy last sy test jpj tahun 10/2012. ataupn tengok date dekat belakang lesen L kita?tahun 2007-2009. apa yg perlu sy buat ye? skrg baru nak amek test semula.mohon penjelasan ye. tk.

    ReplyDelete
  141. Salam.. Sy ada lesen kete penuh dan sy ada lesen L b full yg akan tamat bulan 10 ni cukup 2 tahun. Bolehkah renew semula lesen l b full sy. Jika melebihi tiga tahun lesen tersebut apakah yg sy perlu buat. Tq

    ReplyDelete
  142. salam.. saya ada lesen L untuk moto. dan telah tamat 2 tahun.. saya juga telah ada lesen P untuk motor.. adakah saya perlu untuk mengambil semula lesen L untuk kereta? mohon penjelasan segera... terima kasih :)

    ReplyDelete
  143. @Anonymous wslm. kurang faham. macam mana boleh test jpj pd tahun 2012 sedangkan lesen L tamat tempoh pada tahun 2009?
    mungkin sistem terbaharu telah dilaksanakan pd lesen L yang lama. cadangan saya,masuk kursus semula untuk mendapatkan lesen L kereta. tk.

    ReplyDelete
  144. @Anonymous wslm. kurang faham. macam mana boleh test jpj pd tahun 2012 sedangkan lesen L tamat tempoh pada tahun 2009?
    mungkin sistem terbaharu telah dilaksanakan pd lesen L yang lama. cadangan saya,masuk kursus semula untuk mendapatkan lesen L kereta. tk.

    ReplyDelete
  145. @Anonymous salam. ya. perlu mengulang prosedur utk mendapatkan lesen untuk mendapatkan lesen kereta. tk

    ReplyDelete
  146. @Anonymous salam. cadangan saya, cuba dulu renew di mana2 cawangan JPJ. JIka tidak boleh diperbaharui, anda perlu menghadiri kursus KPP1 dan menjawab ujian undang-undang untuk mendapatkan semula L B full. tk

    ReplyDelete
  147. Salam. Situasi saya sekarang ini ialah...saya ada L untuk B2 sejak Nov tahun lepas. Saya masih belum pergi ke ujian JPJ. Tapi saya hanya renew dan renew untuk L B2 saya, masih belum melebihi 2 tahun. Jadi, saya ini...ingin mendapat L untuk kelas D(kereta) Saya ini sudah ada L untuk B2 kan? Maksudnya saya sudah pass untuk KPP dan Ujian Statik Berkomputer 'versi lama'. Haruskah saya pergi untuk KPP dan Ujian Statik Berkomputer yang 'baharu' sekiranya saya ingin medapatkan L untuk kereta? Sila memberikan panduan kepada saya. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  148. Salam.. saya nk tanya.. pd bulan 6 sye hidopkn lesen L sye utk 3 bln.. dan bln 9 lesen L sye tamat tempoh.. jikalau sye nk hidupkn semula ada denda apa2 yg dikenakan tak?tempoh 2 taun lesen L sye msih blom tamat.. tq

    ReplyDelete
  149. @ashraf salam. tiada denda dikenakan jika terlewat perbaharui lesen.TK

    ReplyDelete
  150. @ashraf salam. tiada denda dikenakan jika terlewat perbaharui lesen.TK

    ReplyDelete
  151. assalamualaikum.. Lesen L kereta saya tamat bulan 7/2014. saya gagal bahagian II kereta. Oleh itu sy hanya perlu renew lesen L RM 30 dan bayaran utk ambil test bahagian II sahajakan? saya ta perlu start semula utk ambil lesenkan sebab saya lulus bahagian jalan raya.

    ReplyDelete
  152. Assalamualaikum. Lesen L motor sy akan tamat bln 12/2014. Bln mac 2014 sy ada ambil lesen kreta tp gagal bahagian II. Soalan sy, adakah lesen L kereta sy akan tamat bln 12/2014 juga ? Adakah sy perlu stat semula semua prosedur utk dapatkan P kereta ? Mohon penjelasan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  153. Salam Sejahtera. Saya nak bertanya,saya mengambil lesen pada akhir bulan 12 2012 atau awal bulan 2013,saya tak pasti. Saya telah menghadiri kursus and lulus ujian berkomputer dan sudah memandu sehingga bahagian bukit. Tetapi tidak menghadiri kelas sebab sudah memasuki university. Jadi, pada tahun 2014,saya hendak menyambung prmbelajaran memandu saya tetapi tidak tahu samada lesen L saya masih sah atau tidak? Boleh ka saya menyambung pelajaran saya kalau sudah lama tidak pergi ke kelas? Saya sudah membayar setengah drpd yuran tersebut.Terima Kasih

    ReplyDelete
  154. Salam.saya nak tanya.saya dah ada lesen motor penuh.utk lesen kereta L tapi saya belum training lagi.cuma renew saja.cukup bulan 2 tahun 2015 lesen L saya setahun.berapa lama tempoh sah utk L kereta?

    ReplyDelete
  155. Salam . Saya nak tanya , mula2 saya dapat lesen L tertulis di situ tempoh nya : 20/12/2012 - 19/3/2013 . Tapi saya ade renew L saya sebab nak buat jpj test . Tempoh yg diberi bermula dari 10/6/2013 - 9/92013 . Soalan saya, tempoh 2 tahun yg cik sebutkan tu kena kira bermula dari first time saya dapat lesen L ke ? Atau pun tempoh 2 tahun tu, akan di ulang kira selepas saya renew ? Tq :)

    ReplyDelete
  156. salam. sya nk tnya . saya ada lesen kereta P . moto masih lesen L tarikh luput 13/10/2014-14/12/2014 . boleh renew lagi tak?

    ReplyDelete
  157. salam. sya nk tnya . saya ada lesen kereta P . moto masih lesen L tarikh luput 13/10/2014-14/12/2014 . boleh renew lagi tak?

    ReplyDelete
  158. salam. sya nk tnya . saya ada lesen kereta P . moto masih lesen L tarikh luput 13/10/2014-14/12/2014 . boleh renew lagi tak?

    ReplyDelete
  159. Assalamualaikum..saya ada lesen L utk B2..tp nk tamat tempoh seminggu lg..boleh ke saya extend lg utk sambung lesen P??

    ReplyDelete
  160. Salam, sy ada lesen P. Tempoh utk dpt lesen besar ialah pada bulan april 2014 baru baru ini..ttpi saya lupa utk renew. Skrg kiranya dh 9 bulan tak renew. Takpe ke ye? Kena denda tak? And berapa maximum tempoh utk tukar dr lesen P ke lesen besar tu ya? Tq

    ReplyDelete
  161. Salam . sy mempunyai lesen L motor dan akan tamat tempoh 2 tahun pada 15/1/2015 . sy juga mempunyai lesen P kereta . disini sy ada 2 soalan :-

    1) baru-2 ini sy dikenakan saman disebabkan tidak memakai topi keledar dan belum menjelaskan lagi saman itu . adakah lesen,L motor sy akan dibatalkan ?

    2) lesen L motor akan tamat tempoh pd 15/1/2015 . sy belum pernah menghadiri latihan atas urusan kerja . boleh ke saya extend tempoh L motor sy bagi membolehkan sy menyelesaikan P motor sy pada tahun hadapan ?

    Terima Kasih . ��

    ReplyDelete
  162. as salam saya ada lesen penuh kereta tapi lesen L motor saya dah lebih 2 tahun boleh renew lagi kan sebelum 3 tahun kan..soalan saya, after 3 tahun tu nanti sya perlu ulang la yer sume ujian balik?

    ReplyDelete
  163. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  164. Sy da ade lesen b2..perlu ke sy ulang semule ujian kpp...

    ReplyDelete
  165. Sy mempunyai lesen memandu b2...perlukah sy mengulang semula ujian kpp skiranya sy ingin membuat lesen memandu d

    ReplyDelete
  166. @syiera yakub salam.yuphanya perlu mengulang bahagian yang gagal shj. tk

    ReplyDelete
  167. @Ina Mohd boleh rujuk di kaunter jpj untuk mengetahui tarih luput lesen memandu. tk

    ReplyDelete
  168. @Anonymous salam sejahtera. boleh rujuk di kaunter jpj untuk mengetahui status lesen L saudara/i. tentang bayaran tertakluk pd pusat latihan memandu masing-masing. tk

    ReplyDelete

terima kasih.. :)